Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4 Hari ke-empat adalah hari terakhir untuk saya guna Tokyo Wide Pass. Penggunaan Tokyo Wide Pass selama 3 hari ni macam tak cukup. Malah harga pass dah mula naik sejak Oktober 2023 lalu dengan harga JPY15000. Masa saya beli tu JPY10150. Beza sampai JPY500 tu... Jadi kita akan gunakan pass ini semaksimum mungkin. Pada hari ini, saya membuat perjalanan solo menuju ke Nikko. Saya tak pernah sampai ke Nikko dan kali ini kena tetapkan juga untuk pergi kerana bila tengok dalam Instgram, Tiktok... Fuhhh tasik dia memang magnificent betul. Untuk ke Nikko, saya perlu naik Shinkasen dari Tokyo ke Utsonomiya. Interchange ke local train dan naik Nikko Line. Bila dah sampai Nikko Station, kena naik bas pula untuk menuju ke Chuzenji Lake. Kiranya kalau dari Tokyo Station ni, kena naik 3 jenis kenderaan. Mari saya ulaskan dulu. Sebenanrya ada jalan mudah untuk ke Nikko ni iaitu, korang boleh beli Tobu Pass yang berharga lebih kurang JPY4780 pertrip...