Posts

Showing posts from February, 2013

Selera Cik Siti, Kota Bharu

Image
Selera Cik Siti, Kota Bharu Balik kampung bercuti selama seminggu, maka hasilnya jalan jalan gi makan sekitar Kota Bharu. Tempat pertama yang saya nak share dengan korang adalah restoran Selera Cik Siti di Jalan Abdul Kadir Adabi. Kalau biasa di KB, kedai nih berhampiran dengan JPJ Panji. Kedai nih mempunyai menu yang istemiwa iaitu Chicken Chop. Ramai orang yang datang ke restoran ini untuk makan chicken chop termasuklah kami sendiri... Sekarang nih dah banyak kedai/restoran di Kelantan telah berani mencuba dekorasi kedai yang tampak lebih girang berbanding dulu. Tak tahulah macam mana statement seorang YB tu buleh cakap Kelantan adalah sebuah negeri miskin, kalu rakyat miskin tak de la plak rakyatnya beramai-ramai makan chicken chop. Dok gituuu? Okay kedai Selera Cik Siti sangat sempoi, berkonsepkan restoran moden. Disini juga mereka menyediakan masakan ala-carte macam masakan thai, dan ada juga masakan western style. Kami 1 family memang hanya datang semata-mata untuk datang...

Google Chromebook Pixel

Image
Google Chromebook Pixel Oleh kerana sekarang nih Android cuba menguasai pasaran, maka pihak Google Corp pun ada ideanya yang tersendiri dengan menampilkan laptop Chromebook Pixel dengan mengunakan sistem operasi (O/S) Chrome OS. Apakah itu Chrome OS? Ianya adalah satu sistem operasi maya yang menggunakan Google Drive sebagai pemacu dan storage. Laptop sebegini amat sesuai jika anda seorang surfer internet sepanjang zaman ataupun anda seorang sales-man kerana laptop ini tidak berkemampuan untuk menggunakan software tambah-tambah lagi jika software yang melibatkan teknikal. Akan tetapi Chromebook ini mempunyai display yang sangat Awesome sehingga mencapai 4.3juta pixel 2560X1700 pada 239ppi. Dengan resolusi sebegini, sudah pasti gambar/video anda memang awesome! Oleh kerana laptop ini menggunakan Chrome OS, pastinya Chromebook ini menggunakan sepenuhnya produk-produk Google seperti Youtube, GMail, Sky Drive dan pelbagai lagi. Lebih dari itu, paparan laptop ini dibuat dari Gorrila...

Sony Playstation 4

Image
Sony Playstation 4 Sony Entertainment telah memperlihatkan sebuah lagi produk Awesome-nya iaitu Sony Playstation 4! PS4 ini telah diperlihatkan di New York semalam dengan spesifikasi yang begitu awesome! Buat ketika ini pihak Sony hanya memberitahu bahawa PS4 ini dijadualkan berada dipasaran Summer 2013.  Penampilan yang penuh bergaya ini mampu membuatkan para gamers mampu menjilat console dan controller kali ini dinamakan PS4 Dual Shock Controller dimana anda boleh share game anda, mempunyai touch-pad, malah controller juga bertindak sebagai keyboard anda dimana anda boleh layan streaming. Playstation 4 Spesifikasi : Supercharge PC Architecture CPU 8 Core x86 8GB Unified Storage Blu-ray/DVD 802.11n WiFi network HDMI & Secondary Screen Converter 3d Eye Camera Kami disini akan setia menantikan kedatangan PS4 baharu. Come to papa babehhh! Awesome!

View on Board : F18 Fighter Jet

Image
View on Board : F18 Fighter Jet Satu ketika dahulu saya pernah mengunjungi pameran LIMA yang pastinya berlangsung di Langkawi. Time tu Tun Dr Mahathir berpeluang naik fighter jet MIG-29 untuk buat show-off kepada penonton. Di Malaysia, beberapa syarikat perkhidmatan penerbangan juga menawarkan pengalaman membawa Boeing 747 , kapal terbang kecil dan pelbagai lagi. Akan tetapi kita sebagai rakyat biasa memang langsung takkan dapat peluang untuk naik jet pejuang seperti itu apatah lagi ketika jet itu berlepas diudara dan buat show-off... Oleh itu, saya upload entry ini dimana seorang brader nih akan show-off kepada kita bagaimana feel berada dalam cockpit F18 Fighter Jet. Walaupon tak dapat rasa g-force ketika take-off F18 pon xpe laaa, janji dpt tengok... Awesome!

Short Movie from R/C Toy - Part 2

Image
Short Movie from R/C Toy - Part 2 Freddie Wong adalah manusia yang sangat Awesome. Kali ini beliau membikin lagi filem pendek mengenai kereta R/C (Remote Control). Sebelum ini saya telah memperlihatkan short filem aksi kejar mengejar mengunakan kereta R/C . Untuk filem pendek ini, Freddie Wong menggunaka kertas cardboard untuk mereka bentuk bangunan supaya aksi kejar-mengejar nampak lebih real dan awesome! Saya sangat berharap nant budak Freedie Wong ini boleh keluarkan full movie dalam youtube hasil kerja-kerja anda nih. Awesome dude!

Nik Ikan Bakar, Cameron Highlands Pahang

Image
Nik Ikan Bakar, Cameron Highlands Pahang Kalau korang gi ke Cameron Highlands pastu nak makan masakan panas-panas, saya boleh mengesyorkan sebuah kedai yang sempoi dan Awesome untuk anda iaitu Restoran Nik Ikan Bakar. Restoran ini agak tersorok sedikit kedudukannya pasal korang tahu la kan kt Cameron Highland tu hotel dengan rumah kedai main buat ajer.. Korang cari Balai Bomba Brinchang, berhadapan dengan Balai Bomba tu ada sebuah Masjid (dah lupa nama masjid). Restoran ini terletak dibahagian belakang masjid dimana kalu korang ada dalam masjid tu boleh ikut signboard yang tulis "Medan Selera". Search Petronas / Balai Bomba bila dah sampai ke pekan Brinchang. Kedai ini menyediakan makanan ala-thai, ikan bakar, steamboat dan western food. Untuk steamboat, restoran ini dah siapkan pakej makan untuk 1-2 orang RM30.00, 2-3 RM40.00, 3-4 RM50.00. Boleh pilih untuk sup tomyan mahupun sup-sup pilihan sendiri. Masakan ala-thai kt sini memang Awesome tambah-tambah lagi kena t...

Ubuntu on Tablets

Image
Ubuntu on Tablets Sangat Awesome pasal Ubuntu memperkenalkan peranti terbarunya iaitu Ubuntu on Tablets yang akan dilancarkan pada 28 February di Barcelona. Sebelum ini saya telah meng-reviewkan Ubuntu on device dimana anda boleh install sistem operasi (O/S) Ubuntu didalam telefon mudah alih anda mengantikan Android. Tablet ini mampu beroperasi seperti kompeter riba yang lain malah O/S Ubuntu ini sangat unik kerana ianya boleh menggunakan sistem operasi yang lain seperti Windows ataupun iOS. Lebih dari itu, Ubuntu on Tablets ini membolehkan pengguna developed applikasi yang lain selain dari menggunakan applikasi sedia ada. Jika anda pernah menggunakan sistem operasi Ubuntu sebelum ini, anda mungkin tidak menghadapi masalah kerana sebelum ini Ubuntu telah pun memperkenalkan The Ubuntu Cloud One untuk simpanan secara online. Ubuntu telah mempertingkatkan paparan grafiknya menjadikan Tablet ini lebih Awesome dengan applikasi untuk internet, navigasi, gambar/video dan juga g...

The Simpsons : Tapped Out

Image
The Simpsons : Tapped Out Saya suka tengok sitcom The Simpsons pasal kartun mereka memang lawak genius! Hahahaaa.... Oleh kerana The Simpsons nih terlalu popular di US, maka EA Games telah mengeluarkan sebuah game The Simpsons : Tapped Out untuk gadget iPad dan Android. Games ini sangat Awesome dan saya mula addict dengan game nih... Game nih seakan game CityVille/Farmville dimana anda perlu bina semula bandar Springfield. Untuk permulaan, anda perlukan internet untuk games ini download dan update new mission untuk anda. Antara misi yang perlu anda selesaikan seperti membina rumah, membuat bangunan, pengurusan kawasan dan macam-macam lagik. Kesemua watak dalam sitcom The Simpson terdapat dalam games ini, anda cuma perlu kumpulkan koleksi The Simpsons dan barang-barang lain. Cakap banyak tak guna, anda boleh download games ini di iTunes Apple untuk OS iOS ataupun Google Play untuk OS Android

Night City in Black & White

Image
Night City in Black & White Sebuah karya oleh Martin Stavars yang menghasilkan seni photography hitam putih dengan permandangan bandar pada waktu malam. Untuk menghasilkan gambar hitam putih pada waktu malam bukanlah perkara yang senang. Jom kita amik gambar hitam putih sekitar KL pulak! Awesome!

Sultans of Science Exhibition, Petrosains KLCC

Image
Sultans of Science Exhibition, Petrosains KLCC Pada bulan yang lalu, Petrosains KLCC telah menganjurkan sebuah pameran mengenai teknologi orang Islam yang dinamakan Sultans of Science. Pameran ini berlangsung dari awal 2013 sehingga June 2013 bertempat di Petrosains KLCC. Objektif pameran ini adalah untuk membuka minda orang ramai mengenai penyelidikan dan teknologi orang Islam pada zaman 700AD - 1700AD sebelum bermulanya zaman empayar Eropah. Mereka akan membawa anda merentasi masa ke zaman Empayar Islamiah dimana zaman ketika itu ramai cendakiawan mengenai Astronomi, Matematik, Sains Perubatan dan pelbagai lagi muncul. Antaranya yang dipamerkan adalah hasil teknologi dari Al-Jazari, Ibn Al-Haytham, dan Abbas Ibn Firnas. Mereka ini telah menyumbangkan beberapa perkara penting dalam ilmuan dunia seperti mana pernah kita ketahui zaman ketika itu sememangnya tiada teknologi elektronik seperti hari ini. Saya rasa pameran ini bukan sahaja untuk golongan kanak-kanak malah orang de...

Drama-Drama Melayu yang Bow Wow

Image
Drama-Drama Melayu yang Bow Wow Entry ini terpaksa saya upload pasal saya mengalami ketidaktentuan sehinggakan proses penyahtinjaan saya terganggu beberapa hari. Saya bukan sebagai seorang pengarah filem malah bukan juga sebagai atris Malaya, jadi saya kurang pasti apakah objektif sebenar drama-drama Melayu. Yang saya pasti dan yakin, pengarah-pengarah ini mampu mengaut keuntungan berlipat ganda dengan drama mereka yang tahap cipan plot ceritanya. Tak dnafikan bahawa hampir 100% drama melayu yang ditayangkan mengenai cinta dan menjadi trend pengarah sekarang adalah bermodalkan drama mereka dari novel-novel terpilih. Saya memang tak tengok drama Melayu pasal saya rasa kebanyakkannya jalan cerita lebih kurang sama. Semalam saya tengok kejap drama Dalam Setiap Sujud, dalam episodnya berkisarkan mengenai si suami kena kawin paksa, pastu benci dengan bini... Hummmm bukan ker sama ajer dengan drama Setia ke Hujung Nyawa? Ker saya yang pening pasal tak follow drama nih? Kualiti pemb...

Starry Night in Malaysia

Image
Starry Night in Malaysia Sangat indah ciptaan Ilahi yang menciptakan bintang untuk waktu malam. Kejadian semula jadi yang sememangnya kia tidak menyedari tentang keindahannya. Di Kuala Lumpur kita tidak kesampaian untuk melihat bintang kerana terlalu banyak cahaya dipermukaan bumi. Sekadar kongsi pengalaman dari video ini untuk menyaksikan bintang dilangit. Video time lapse ini telah diambil oleh Gradient Lok di Gem Island dan Fraser Hill.

Panorama View from Burj Khalifa, Dubai

Image
Panorama View from Burj Khalifa, Dubai Burj Khalifa Dubai adalah sebuah menara yang tertinggi di dunia, ketinggiannya mencapai pada 829.8M (2722kaki). Pembinaan menara ini bermula dari September 2004 dan siap sepenuhnya pada Januari 2010. Didalam menara ini memuatkan beberapa buah hotel, restoran lima bintang, service apartment, shopping mall dan pelbagai lagi untuk kehidupan orang kaya. Malah cerita Mission Impossible 4 juga dilakonkan dimenara ini hasil lakonan Tom Cruise. Entry kali ini bukan nak bercerita mengenai menara Burj Khalifa pasal saya tau ramai yang dah kenal menara ini, so saya cuma nak share bagaimanakan view 2D dari puncak menara Burj Khalifa ini yang sangat Awesome! Ini semuanya berpunca saya tidak mampu untuk ke Dubai, so layan ajer laa secara online.... Durhhhh! Gambar panorama 360 ini diambil oleh jurugambar Gerald Donovan dimana beliau mengabungkan 48 gambar panorama bersaiz 80megapixel setiap satu dan selebihnya beliau mencampurkan 70 lagi gambar untu...

MATTA Fair 2013, Kuala Lumpur

Image
MATTA Fair 2013, Kuala Lumpur MATTA Fair akan kembali lagi pada 15-17 March 2013 di PWTC Kuala Lumpur dan kali ini MATTA Fair akan menjanjikan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Tahun ini mereka menjangkakan seramai 90,000 pengunjung yang akan membanjiri MATTA Fair ini dan sebanyak 984 booth yang akan disediakan untuk pepamer. Dengan jumlah sebanyak 984 booth ini, pastinya anda tidak akan sempat nak tengok semua promosi yang diberikan oleh syarikat travel. Kompem! Pengunjung akan dikenakan bayaran dan anda boleh mendapatkan tiket secara online disini iaitu RM4.10 (10sen untuk cas perkhidmatan). Selain itu anda juga boleh beli tiket terus di kaunter pada hari berkenaan tapi anda kena beratur la dulu.. Tahun lepas memang banyak gile promosi yang dorang kasik sampai satu dunia rasa nak pergi, tapi wallet pulak yang kecut.. Hampeh.... So kali ini target pergi MATTA Fair tengok tempah yang boleh pergi dalam ASEAN jer.. Selain itu, mereka juga ada jual voucher untuk penginapan ho...

A Day In India

Image
A Day In India Video yang sangat simple tapi sangat Awesome oleh Perrenial Plate. Video ini mengisahkan kehidupan seharian di negara India bermula dari awal pagi sehinggalah malam. Sesiapa yang pernah pergi ke India pasti tahu bagaimana susah payah kehidupan disana berbanding negara kita yang makmur lagi gilang-gemilang...

Al-Imran Family Gathering February 2013

Image
Al-Imran Family Gathering February 2013 Salam keamanan semua, dah beberapa hari tak update blog pasal masih lagi terkejut dengan gejala "Are u ready for BN?" baru-baru nih di Penang. Pada 9-11 Feb 2013, keluarga Al-Imran telah menganjurkan acara bersuka ria dan berfoya-foya sempena cuti sekolah dan cuti CNY. Family Gathering Al-Imran telah pun berlangsung dengan jayanya di Angullia Beach Resort, Marang Terengganu selama 3hari dua malam. Seramai 56 orang yang hadir untuk Family Gathering ini yang terdiri dari anak-anak, cucu-cucu dan cicit Hjh Anisah. Terima kasih kepada pihak yang sponsor family gathering kali ini.

Iklan Tahun Baru Cina 1Malaysia

Image
Iklan Tahun Baru Cina 1Malaysia Extremely Awesome! Hak hak harrrkkk..... Source : youtube.com

Mercedes AMG Petronas Formula 1 Car

Image
Mercedes AMG Petronas Formula 1 Car Pasukan Formula 1 Mercedes AMG Petronas  secara rasminya mengumumkan  kereta Formula 1 (W04) untuk musim  2013  di Litar  Jerez  Sepanyol kelmarin Nico Rosberg dan Lewis Hamilton akan memandu kereta Formula 1 itu untuk musim ini setelah Michael Schumacher berpencen untuk kali kedua kerana beliau sememangnya dah terlalu tua untuk Formula 1. Sangat Awesome kereta Formula 1 W04 ini kerana kereta ini mengambil ciri-ciri rekabentuk kereta SLS AMG GT3.  Kereta ini mempunyai 631bhp dengan berat hanya 1550kg, dan mampu membuat pecutan dari 0-100kmh dengan 3.6saat sahaja. Selain itu, beberapa perubahan aerodinamik dari segi bumper depan, sirip tepi, spoiler belakang dan  elektronik tambahan untuk memastikan kereta ini berada pada prestasi yang paling tip-top! Kereta ini telah dipandu uji secara rasmi oleh Nico Rosberg dan Lewis Hamilton sejauh 100km dan menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Har...

McLaren Technology Center, England

Image
McLaren Technology Centre, England Setiap Super Sport Car mesti mempunyai kilang atau pusat penyelidikan teknologi yang tersendiri lebih-lebih lagi jika kereta mereka menyertai perlumbaan yang berprestij Formula 1. Entry kali ini saya memperlihatkan McLaren Technology Centre yang bertempat di Woking London, kira-kira 60km dari Kota London. Disini mereka menempatkan pusat R&D untuk kereta McLaren dan kereta Formula yang dibina khas oleh pekerja mereka dan mereka juga akan menguji kereta mereka didalam pusat ini. McLaren Technology Centre berkeluasan 500,000m persegi dan bangunan ini dibina oleh Arkitek Norman Foster dari Foster & Partners. Bangunan yang berbentuk half-moon ini dibina bersebelahan dengan tasik buatan. Tasik ini dikatakan mampun untuk menyejukkan bangunan tersebut dapa musim panas. Dinding bangunan ini dibina dari kaca dna hampir kesemuar lantai dan dindingnya diwarna dengan warna putih untuk menampakkan suasana yang lebih fiction. Disini mereka mempun...

Keratan Rentas Kereta Formula 1

Image
Keratan Rentas Kereta Formula 1 Formula 1 Season 2013 akan bermula pada 15 Mac 2013 di Australia dan diikuti di Sepang Malaysia pada 22 Mar 2013. Sementara menunggu perlumbaan Formula 1 ini berlangsung, jom kita tengok sebuah documentari pendek mengenai komponen dalaman didalam sebuah kereta Fomula 1 dari pada pasukan Sauber. Untuk lebih jelas, mereka telah memotong kereta Formula 1 menjadi 2 bahagian, ummmmmmm demmmm........ Sebelum ini kita hanya tengok bentuk luaran sahaja, kali ini mereka memaparkan bagaimana posisi driver didalam kereta Formula 1, fungsi stering elektrik, tangki minyak, gearbox dan pelbagai lagi. This is Awesome!

Kuala Lumpur Day & Night

Image
Kuala Lumpur Day & Night Tak tahu kenapa sejak bila saya meminati seni photography time-lapse ini, mungkin kerana video yang dihasilkan oleh seseorang sangat menarik dan hensem. Kali ini saya show-off kepada anda seni photography time-lapse yang bertajuk Kuala Lumpur Day & Night yang dihasilkan oleh Rob Whitworth. Untuk menghasilkan time-lapse berdurasi 2:36 ini, beliau telah menggunakan camera Nikon D800, Nikon D7000 x2, Nikon D3200 (Backup body), Nikon 16-35 f/4G AF-S VR Zoom Nikkor,NIkon 10-24mm f/3.5-4.5G ED AF-S DX,Nikon 70-200mm f/2.8G ED AF-S VR II, Nikon 50mm f/1.4G AF-S, Nikon 10.5mm f/2.8G ED AF DX Fisheye. Sebelum ini saya tunjukkan video time-lapse bumi yang diambil dari ISS . Kiranya dorang pon bawak lens kit jgk ler kat ISS yerr... Ok apa-apa pun layan video KL Day & Night. Super Awesome!

Panasonic 4K Tablet

Image
Panasonic 4K Tablet Memperkenalkan sebuah tablet yang cukup canggih dan sangat awesome dari Panasonic - 4K Tablet yang bersaiz 20inci! 4K Tablet ini diperlihatkan di Chicago tempoh lalu dan teknologi ini masih dalam prototaip dan kemungkinan besar akan dilancarkan penghujung tahun ini. 4K adalah satu teknologi paparan beresolusi tinggi  (HD display) yang mencapai kepada 3840x2560 atau 9.38piksel. Sebelum ini kita sering mengenali video HD yang mempunyai resolusi 1920x1080 atau lebih dikenali dalam bentuk Blu-Ray. 4K Tablet ini menawarkan satu paparan yang sangat jelas dan clear iaitu 2 kali ganda daripada paparan 2D HD Blu-Ray. Tablet ini bersaiz hampir 20inci dan ditanya mengapa Panasonic membuat produk tablet sebegitu besar? Ini kerana Panasonic ingin menjadi syarikat peneraju yang pertama didunia memperlihatkan Tablet 20inci dan tabletnya bukan sekadar untuk home user malah ianya sangat lasak seperti produk laptop mereka sebelum ini - Tough Tablet / Toughbook. Panasonic ...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...