Destinasi 24 Jam : Singapore - May 2018
Destinasi 24 Jam : Singapore - May 2018 Selepas saya berjalan-jalan dengan famili kecil saya di Legoland Johor Bahru , saya telah membuat satu trip ringkas untuk menghabiskan masa hari minggu dengan masuk ke Singapore. Trip ini adalah untuk recover balik dimana saya pernah bawa famili kecik saya ke Sentosa akan tetapi cuaca tidak mengizinkan kerana hujan sepanjang masa. Jadi itinerari ringkas adalah untuk ke Mustafa Center, Bugis Street dan Marina Bay Sands. Saya lebih gemar untuk memandu masuk ke Singapore dari pintu masuk Woodlands. Jadi beberapa peraturan dan persiapan perlu disediakan untuk memudahkan proses di imigresen Singapore dan perjalan anda akan lancar sahaja. Ada juga yang lebih gemar menaiki public transport atau menaiki bus pakej perjalanan, bus transit atau train KTMB. Terpulang pada anda yang mana lebih senang. Saya suka memandu masuk dan parking di mana-mana train station dan menggunakan public transport seperti train untuk ke destinasi yang sana...