Destinasi 24 Jam : Cameron Highlands, Pahang
Destinasi 24 Jam : Cameron Highlands, Pahang Bulan lepas saya membuat short trip domestik yang telah lama kami tidak jejaki. Destinasi 24jam ini adalah menuju ke Cameron Highlands. Ya tempat ni tak jauh pun dari KL malah semakin popular dikalangan masyarakat yang inginkan tempat sejuk dan nyaman. Pastinya nyaman kalau lepak di Cameron selain melayan trafik jem yang super duper Awesome. Seperti nasihat saya sebelum ini, elakkan berkunjung ke Cameron Highland pada hari puncak iaitu Jumaat, Sabtu atau Ahad. Akan tetapi, ketiga hari ini lah ada Pasar Malam Brinchang yang dorang selalu dok pergi beli makanan dengan macam-macam lagi sayuran. Tapi harus diingatkan juga, kalau korang yang tak suka dengan jem tahap dewa, anda patut datang pada hari Ahad dan Check-out pada hari Isnin seperti mana yang saya lakukan ini. Hari Ahad, kami bertolak dari Ipoh Perak selepas mandi manda di Lost World of Tambun. Terus mendaki naik ke Cameron Highlands melalui Simpang Pulai. Tak jauh man...