Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 3
Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 3 Hari ini adalah hari terakhir kami, jadi aktivit kami adalah nak ke pasar SAMCA untuk cari lauk seafood yang super fresh. Jika korang nak tahu, setiap awal pagi bermula jam 4pagi hingga 7pagi akan ada pasar dimana nelayan yang berlabuh di jeti SAMCA akan jual hasil tangkapan mereka dengan harga sangat murah. Selepas jam 7pagi mereka akan tolak hasil tangkapan mereka ke pasar basah bersebelahan dengan Pasar Philippine. Kat sini korang boleh dapat udang saiz XL dengan harga RM22.00 sekilo, udang harimau RM25.00 sekilo, ikan kembung dan ikan selar RM4.00 sekilo.... arghhhhh macam-macam lagi laaa... nak tau harga sila pergi sendiri yer... Memang murah beb... mane nak dapat harga murah cam ni malah lebih fresh. Lepas beli seafood nih, korang perlu hantar barangan korang nih untuk packing. Tak boleh naik flight bawak ikan woi... Tempat packing tu terdapat dalam bangunan pasar. Kedai tu bukak jam 7.00pagi.. korang boleh tinggalkan hasil b...