Miniatur Wunderland, Hamburg Germany
Miniatur Wunderland, Hamburg Germany Hasil sambungan cerita dari entry Germany pada sebelum ini, salah satu tempat lawatan berbayar kami adalah di Miniatur Wunderland Hamburg. Lawatan sambil belajar ini adalah untuk melihat sendiri ketekunan dan teknologi yang dihasilkan oleh jurutera orang Jerman dengan mata sendiri selepas daripada lawatan di Nurgurgring Track. Mungkin ramai yang tak tahu dan ada sesetengahnya dah tahu apakah itu Miniatur Wunderland. Disini adalah sebuah rumah pameran yang mempamerkan dunia miniatur terbesar di dunia yang mempunyai 3 tingkat bangunan yang bersaiz 50,000 kaki persegi. Miniatur Wunderland ini mendapat award dari Genius World Record sebagai bilik pameran miniatur terbesar di dunia sejak dari tahun 2000 sehingga kini. Saya melontarkan idea untuk kesini setelah terlihat paparan video di Youtube. Ternyata pada carian youtube telah memberi suggestion search yang menarik dan saya menetapkan destinasi untuk masuk ke Miniatur Wunderla...