Jalan - Jalan ke A'Famosa Resort Melaka

Jalan - Jalan ke A'Famosa Resort Melaka Cuti 3 hari minggu lepas tidak disia-siakan sama skali cuma bezanya percutian ini ditaja dan kongsi bersama dengan ahli keluarga saya sahaja. Terima kasih kepada sponsorship, semoga murah rezeki. Saya membuat penempahan hotel A'Famosa Hotel dengan menggunakan Agoda.com dan ada 5% untuk diskaun tambahan. Sebuah apartment 3 bilik ditempahan dengan harga keseluruhan 900+ untuk 2malam penginapan. Agak berbaloi pasal rumahnya sangat besar dan setiap bilik mempunyai 2buah katil queen. Kalau setakat nak sumbat 12orang dewasa dalam rumah ni tiada masalah pun. Kalau korang lebih daripada 15orang, disarakan amik private Villa yang ada sekitar kawasan ni juga cuma harganya lebih kurang RM700-RM1000 untuk satu malam bergantung kepada keluasan dan jumlah bilik. Villa tu lagi best pasal dia ada private pool. Boleh BBQ tepi rumah ajer. Family Day ni lebih pada santai-santai aje. Maka plan kami hanya nak masuk A'Famosa Theme Park selai...