Posts

Showing posts from December, 2016

Japan Boat Takoyaki, IOI Mall Putrajaya

Image
Baru-baru ni saya balik dari Jepun mencari-cari jugak kedai yang ader jual Takoyaki di Tokyo. Tapi apakan daya, perut lebih meminta makanan berat untuk diisi pasal harga untuk Takoyaki di Tokyo agak mahal dengan jualan pasaran Malaysia.  Oleh itu saya hanya mampu untuk mengunjungi salah satu gerai mereka, Japan Boat Takoyaki di IOI City Mall Putrajaya. Terletak di Ground Floor atau berhampiran dengan MC Donald's / Tony Roma's. Sangat disyorkan jika korang nak layan takoyaki dengan harga jimat selain daripada takoyaki Aeon. Harganya pula berbeza-beza mengikut keperluan anda tapi rata-ratanya bermula dari RM8.00 hingga ke RM18.00. Kalau korang order set boat yang ada 9 ketul takoyaki baru berharga RM10.60. Kira murah ler nak banding kat Tokyo. Layan tengok sekali cara depa masak der... terpesona dengan cara pembikinan dan penyediaan makanan Takoyaki ni. Tengok nampak macam senang ajer tapi macam rumit wooo... silap-silap kalau buat sendiri mau tak jadi bulat beb. Apa

Tempat Menarik di Hong Kong

Image
Tempat Menarik di Hong Kong Pastinya Hong Kong bukanlah sebuah negara 4 musim akan tetapi ianya juga mempunyai musim sejuk, panas dan ribut. Lebih dikenali sebagai negara sub-tropika yang mempunyai kebelbagaian bangunan tinggi. Dikala ekonomi yang merundum ini, republik Hong Kong masih mampu bertahan dengan kuasa autonomi mereka sendiri dan iainya masih lagi kekal sebagai salah satu negara berpendapatan tinggi dan taraf hidup yang tinggi. Bercuti di Hong Kong bukannya rumit malah mendapatkan restoran yang Halal juga tiada masalah. Menjadi masalah adalah cuaca sahaja yang kadangkala hujan yang mencurah bagaikan tidak pernah hujan selama 5tahun. Namun itu adalah kuasa Allah dan kita hanya mampu merancang sahaja. Bagi saya, antara musim terbaik untuk melawat HK adalah musim sejuk diantara bulan Disember hingga ke Februari. Lebih extreme pada musim sejuk kadang2 tiba hujan yang menyebabkan lagi sejuk bhai! Kali in saya share tempat tempat menarik untuk dikunjungi di se

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Image
Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022) Makan ruji sarapan pagi di Kelantan adalah nasi. Kenapa nasi? Ini kerana kebanyakkan rakyat Kelantan memerlukan tenaga kudrat untuk menjana pendapatan seperti petani, penoreh malah buruh.  Akan tetapi makanan ruji pagi ini masih dikekalkan sehingga kini menjadikan susulan kepada rakyatnya. Banyak gerai/restoran yang korang boleh layan di Kota Bharu ni, boleh perhatikan dimana rata-rata gerai agak ringkas akan tetapi pulangan yang sangat awesome. Beli bungkus atau makan di kedai lebih bermakna.  Saya sediakan 5 tempat best untuk sarapan pagi untu korang yang melawat Kelantan. Mungkin korang boleh cuba atau sharekan kepada yang ingin mencuba. Tapi kalau betul nak rasa sempoi boleh try Nasi Dagang bonda saya.. terbaik tanpa rasa muak. 1. Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Jalan Abdul Kadir Adabi. Antara kedai pilihan saya untuk makan nasi kerabu waktu pagi. Hidanan yang ringkas tapi padu mampu membuatkan anda tidur lepas mak

Travel Tips ke Tokyo Jepun

Image
Travel Tips ke Tokyo Jepun Bila ke negara asing, beberapa faktro perlu dititikberat seperti makanan dan pakaian pada musim yang tertentu. Pasti lebih mudah untuk travel kerana anda boleh google atau blogging sahaja untuk mendapatkan info. Disini saya kongsi beberapa tips untuk ke negara Sakura pada Musim Sejuk dan Musim Bunga memandangkan demand pada kedua musim ini adalah sangat tinggi. Yela bila lagi nak merasa suasana sejuk beku sejuk dingin. Kat tempat kita sejuk bila hujan ribut ajer. Paling tidak pon banjir. Syukur Alhamdulillah. 1. Waktu Solat Seperti di Malaysia, waktu solat berbeza mengikut paras geografi kerana negara Jepun agak besar yer dari Hokaido menuju ke Osaka. Anda boleh semak waktu solat anda mengikut tempat yang anda lawati di IslamicFinder disini . Jangan lupa akan solat anda ketika melawati negara orang. Kebanyakkan surau di sekitar Jepur dinamakan sebagai Silent Room / Prayer Room. Boleh google dimana tempat letak masjid-masjid sekitar Tokyo.

Restoran Halal di Tokyo

Image
Restoran Halal di Tokyo Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam. Tokyo adalah salah satu negara yang agak mudah untuk mendapatkan restoran-restoran Halal. Anda boleh membuat carian atau research pada blog dan website Zahibah.com . Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Tokyo. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti. 1. Saray Kebab, Asakusa. Restoran ini terletak berhampiran dengan exit Asakusa Station atau nak senang landmark dia berhadapan dengan Burger King. Rata-rata makanan halal yang mudah didapati adalah makan jenis Kebab dan Bento Kebab yang di monopoli oleh warga Turkey. Kedia yang super compact ini hanya menjual beberapa menu makanan ala arab seperti roti pita, bento kebab, kebab ayam/daging dan sandwich kebab. Jangan terkejut pu

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...