Posts

Showing posts with the label perth

Tempat Menarik di Perth, Australia

Image
Tempat Menarik di Perth, Australia Seawal bulan September, musim bunga bermula di negara Australia kerana kedudukan paras bumi berlainan maka ianya terbalik dengan musim sejuk di negara Eropah, US dan Japan. Sila belajar geografi untuk mengetahui kenapa negara 4 musim berbeza dari utara ke selatan. Hebatnya ciptaan Illahi. Melancong ke Australia pada musim bunga mencabar juga jika anda pergi region yang lebih bawah seperti Sydney, Melbourne mahupun Perth. Suhu musim bunga mereka boleh mencecah 5-15c waktu siang dan 0-5c waktu malam. Pemakaian yang sesuai adalah digalakkan walapun orang cakap musim bunga dah mula panas. Tapi sebenarnya ianya tidak panas, lebih sejuk dingin daripada Cameron pada waktu pagi. Perancangan rapi perlu ada untuk melawat ke sesebuah negara dan pastinya Australia bukan sebuah negara yang rumit untuk anda kunjungi.  Ada juga yang mengatakan bila plan pasti tak jadi, tapi bila tak plan selalunya menjadi. Bagi saya itu adalah komited anda. Silalah...

Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Perth

Image
Tips Menyewa dan Memandu Kereta di Perth Bagi yang mengunjungi negara Australia, memandu kereta bukanlah perkara yang rumit malah ianya menjadikan sebuah pengalaman yang hebat dan awesome!  Bulan yang lalu saya travel ke Perth, Western Austalia. Pada asalnya saya hanya membuat sedikit kajian dari blog orang lain mengenai public transport dan ternyata public transport seperti keretapi tidak banyak di Perth dan hanya tertumpu pada Central Business District (CBD) serta pekan besar utama.  Oleh itu menyewa kereta adalah penyelesaian malah dengan menyewa kereta ni korang tidak bergantung pada masa public transport dan anda akan dapat pergi ketempat yang lebih jauh dari bandar Perth seperti Albany, Bunbury, Lancelin, Busselton dan macam-macam lagi laaa. Kali ini saya nak share bersama korang travel tip untuk menyewa kereta dan tatacara pemanduan ketika di Perth. Mungkin tips ini boleh digunapakai pada bandar lain seperti Gold Coast, Sydney mahupun Melbourne. 1. Lesen ...

Restoran Halal di Perth

Image
Restoran Halal di Perth Apabila anda mengunjungi ke sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam. Perth adalah salah satu negara yang agak mudah untuk mendapatkan restoran-restoran Halal. Anda boleh membuat carian atau research pada blog dan website Zahibah.com. Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Perth. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti. 1. Insan Cafe, Murray Street. Restoran ini sangat terkenal dikalangan pelancong Malaysia. Saya pon tak pasti owner restoran ini samada orang Malaysia ataupun Indonesia. Ada juga yang mengatakan orang Sarawak dan ada juga cakap orang Bandung, saya pula tak tanya dengan orang kaunter. Lapar time tu. Tapi tengok pada menu tu macam orang Malaysia ajer. Menu yang terdapat di Insan Cafe ini memenuhi citarasa perut orang Malaysia ya...

Itinerary ke Perth Australia 4 Hari 3 Malam

Image
Itinerary ke Perth 4 Hari 3 Malam Perth adalah sebuah ibu negeri pada salah satu bandar yang terdapat di Australia yang terletaknya di Western Australia. Penerbangan dari KL ke Perth mengambil masa lebih kurang 5jam yang tidak begitu lama jika nak dibandingkan dengan Sydney, Melbourne ataupun Gold Coast. Ini adalah kali kedua saya menjejak kaki ke negara Australia selepas Sydney tahun lalu.  Jika bertanyakan pada saya, apakah perbezaan diantara bandar besar Sydney dengan Perth, ianya lebih kepada kebersihan dan ketenangan. Bagi saya bandar Perth lebih bersih daripada sydney dimana anda agak jarang nak nampak graffiti atau vandalism pada suatu tempat. Malah kapasiti penduduk di Perth juga lebih rendah daripada bandar besar mereka yang lain. Jangan terkejut, immigration Perth lebih ketat dari Sydney, pasal Perth dikatakan pintu masuk orang bekerja tanpa permit, mungkin jarak yang lebih dekat dan banyak ladang. Berikut adalah itinerary perjalanan saya serta budg...

Bercuti ke Perth, Australia - Day 4

Image
Bercuti ke Perth, Australia - Day 4 Hari ke-empat adalah hari terakhir kami berada di Perth. Percutian yang sangat singkat dan memerlukan itinerary yang padat memang memenatkan. Pada pagi terakhir ini kami mahukan penutup yang terbaik. Jadi kami bersarapan pagi di luar ala-ala mat salleh yang sedang ber-piknik kat taman. Keadaan cuaca pagi ini agak mendung dengan suhu 18C. Seawal pagi lagi team wanita telah menyediakan makanan untuk sarapan pagi dan juga beberapa bekalan untuk tengahhari sebelum terbang pulang ke Malaysia. Menu pagi ini adalah nasi goreng ayam dan seafood. Terbaik ahhh! Kami terus menuju ke King's Park Botanic Garden. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa hanya 20minit menjadi sedikit lewat kerana kesesakkan lalulintas orang nak ke pejabat. King's Park ini terletak berhampiran dengan kawasan pusat bandar maka memang kena tempuh laluan freeway bandar juga.  Tiba di King's Park suasana agak berlainan pasal kamu tidak akan berasa seperti b...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...