Kembara ke Eropah 2026 : Munich Germany (Day 6)
Kembara ke Eropah 2026 : Munich Germany (Day 6) Cuaca pagi ni di Munich agak terang. Forecast pun cakap tiada hujan dan sedikit berawan saja. Maka ianya adalah waktu terbaik untuk jalan-jalan tak perlu bawak payung. Cuma bila ada sunlight macam ni, UV dia agak tinggi,walau cuaca sejuk tapi uv matahari tu boleh rasa. Maka kena pakai sunscreen nak elak tanned. Mat salleh suka laa cuaca macam ni siap pakai shirt dengan seluar pendek je. Padahal cuaca leh tahan sejuk bawah 17c. Pagi ni tak buat big breakfast, cukup habiskan pastry yang beli semalam cicah dengan nescafe. Untuk harini, kita rehatkan kereta kat parking area. Nak drive masuk bandar Munich agak leceh lepas tu parking dia pun boleh tahan mahal. Kalau korang bawak diesel, kena pastikan kenderaan korang lebih Euro 5. Pasal bandar Munich lebih kurang bandar Milan, tak semua kenderaan boleh pandu masuk dalam bandar. Kawasan restriction zone dipanggil Umweltzone München - iaitu kawasan zon larangan memandu dan m...