Nürburgring, Germany

Nürburgring, Germany Semasa saya membuat draft itinerary pada laluan Germany, saya telah memasukkan salah satu tempat yang saya kenali sejak kecil lagi dan tidak pernah saya terfikir untuk kesini iaitu ke Litar Lumba Nürburgring. Nürburgring Track adalah litar lagenda yang pernah dimuncul didalam filem salah satunya filem Rush (2013), dan malah ianya juga salah satu litar kegemaran Top Gear untuk mencederakan kereta testing mereka serta pandu uji kereta kereta lain. Bermula dari Amsterdam, kami meluncur laju melalui Auto-Bahn yang sememangnya percuma malah no speed limit pada kawasan tertentu. Tapi harus diingatkan, bukan kesemua lebuhraya ini no speed limit. Sila perhatikan papan tanda dan jika korang terlepas pandang, no problem pasti akan ada kereta yang memecut laju dan ianya adalah tanda anda telah memasuki laluan no speed limit. Walaubagaimanapun, sila patuhi kelajuan yang diarahkan. Gagal berbuat demikian, bayar saja saman 50Euro nanti balik....