Posts

Showing posts from August, 2018

Lauterbrunnen, Switzerland

Image
Lauterbrunnen, Switzerland Tempat ini saya ketahui setelah team Rarecation dari Saful Nang membuat private trip kepada Datuk Alif Syukri. Hasil daripada itu, saya mula membuat searching di dalam google dan google map untuk menuju ke sana daripada bandar Zermatt.  Jika memandu dan mempunyai internet akses, tidak menjadi masalah di Swiss kerana ianya sangat mudah dan senang. Anda tak perlu risau nak kena bayar toll, nak kena parking kat mana. Rata-rata jalan raya di Swiss tidak sesibuk bandar kita. Ianya sangat tenang dan awesome! Cuma berhati-hati dengan saman parking ajer. Saya dah kena. Hahaha... Ketika melawat di daerah Lauterbrunen, anda boleh membuat banyak persinggahan kerana ianya salah satu destinasi utama di Swiss. Antara yang korang boleh lepak adalah Tasik Interlaken, pekan Lauterbrunen dan Wengen. Kesemua kawasan ini menjadi lebih terkenal kerana ianya merupakan kawasan penggambaran cerita Shah Rukh Khan, saya tak pasti ler cerita ape tapi itulah yang dinyatakan

Cara Mudah Simpan RM5.00 untuk Anak Anda

Image
Cara Mudah Simpan RM5.00 untuk Anak Anda Salam, saya dah lama nak share tips biasa-biasa untuk tabung kepada anak-anak kita ni. Tak kisah anda ada anak 1, 2, 4 atau 6 masih boleh guna cara simple dengan dapat dividen Tabung Haji.  Saya bukan pakar ekonomi dan juga pakar topup duit kepuk-kepuk macam orang dok kira keuntungan ASB tu... Hidup dunia zaman lani, benda yang boleh dikatakan wajib ada pada anak anda salah satunya Insuran Takaful dan juga Simpanan Anak-anak. Saya tak nak cerita pasal insuran takaful kerana saya bukan pakar, saya hanya mencarum sahaja. Saya nak cerita bagaimana saya membuat simpanan pada anak saya sahaja untuk kongsi bersama. Photo Credit : irsofian.com Sebelum itu, saya telah membuka 1 Akaun Tabung Haji atas nama anak saya. Ini kerana simpanan tabung haji telah ditolak zakat siap-siap untuk simpanan yang tidak berusik tu. Zakat kena bayar, jangan lupa yer bro. Paling tidak ada juga dividen tabung haji lebih kurang dok main 6% - 7% setahun. Ok

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...