Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 8
Bercuti ke London & Paris 2024 (Trip 10hari) - Day 8 Cuaca pada pagi ini hujan agak lebat. Sebelum tidur pada malam sebelumnya saya juga notice bahawa cuaca akan hujan untuk 2 hari berturut-turut. Aduhai, cuaca hujan ni tak berapa best nak berjalan tambah - tambah pula harini kami nak pergi ke Disneyland. Yaaa plan kami agak spoil juga kalau hujan sepanjang hari. Tiket Disneyland tak boleh nak tukar date pun. Hari ke 3 kami di Paris baru nak pergi ke Disneyland. Tiket Disneyland ni saya beli 2 bulan sebelum tarikh pasal, saya perasan harga tiket berubah-rubah mengikut demand. Asalnya RM250, bila dah dekat dengan tarikh travel makin mahal pula sampai cecah RM290. Maka, terus saya purchase awal-awal. Korang boleh baca macam mana trick & tips nak beli tiket Disneyland, tips nak masuk lepas tu benda apa nak kena bawa ke Disneyland Paris kat sini nanti. Secara overall, Disneyland Paris ni guna Apps dia sendiri. Maka korang kena download apps dia untuk senang nak manage booking, te