Posts

Showing posts from February, 2019

Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 2

Image
Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 2 Hari kedua sedikit mendung dan hujan renyai pada awal pagi. Cuaca pun sejuk-sejuk nipis saja pada pertengahan Februari ni. Lepas subuh, kami siap sedia untuk sarapan pagi dalam bilik dan menyediakan makanan untuk tengahhari nanti. Pagi ini adalah itinerary untuk ke Hong Kong Disneyland. Ini adalah acara kemuncak dan dinantikan oleh bro Nazril. Tak habis habis tanya bila nak pergi bila nak pergi. Jam 8:15pagi kami dah berada di lobby hotel untuk tunggu hotel shuttle bus pada jam 8:35pagi. Agak sibuk kat lobby dengan group pelancong dari Korea.  Tepat 8:35pagi, shuttle bus muncul dengan jeritan Nazril! Terus naik shuttle dan menuju ke Tsing Yi. Tsing Yi Station adalah Station Airport Express dan Interchange untuk ke Dineyland serta Bandar HongKong. Anda perlu ke station ini untuk ke Disneyland pasal hanya ada satu sahaja train line untuk ke disneyland Resort. Rupanya tak jauh mana pun hotel dengan Tsing Yi Station, lebih kurang 10min

Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 1

Image
Bercuti ke Hong Kong 2019 - Day 1 Trip ke HongKong ini adalah trip pertama untuk tahun 2019, yang mana tahun lepas kami sekeluarga tidak kemana-mana melainkan ke Legoland dan Singapore disebabkan cuti cepat habis dan jadual yang padat. Alhamdulillah, boleh dikatakan last minute plan untuk ke Hong Kong dengan percutian selama 4hari 3malam. Selalu ke HK atas urusan kerja, kali ini kita angkut anak bini datang HK datang jenguk kampung. Huhhhuhuhu... Bagi saya, HK adalah satu destinasi bawah top 5 dalam list saya. Ini kerana bandar HK adalah sebuah bandar Metropolis yang mana penduduk hanya mementingkan pekerjaan dan melangsungkan kehidupan harian. Jika bukan kerana Disneyland, sudah pasti tidak ramai rakyat Malaysia yang sebenarnya ingin ke HK walaupun mempunyai tempat-tempat menarik yang pernah saya senaraikan sebelum ini. Walaubagaiamanpun, kami sudah berjanji dengan anak paling tidak ingin memasuki Disneyland sebelum masuk Darjah 1, maka - HK Disneyland adalah destinas

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...