Kota Amsterdam
Kota Amsterdam Amsterdam adalah salah satu destinasi popular dikalangan orang Malaysia selepas London dan Paris. Kota yang mempunyai sejarah tersendiri ini juga menyimpan rahsia and keunikkan tersendiri, iaitu senibina bangunan dan juga sistem terusan dalam bandar. Bangunan-bangunan dalam kota ini kebanyakkannya dibina mengikut pembinaan terusan (canal) pada awal kurun ke 17. Pembinaan terusan ini adalah untuk menampung laluan air dari sungai Ij dan Amstel. Jadi, banyak rumah-rumah turut dibina mengikut laluan terusan ini secara sempit dan kecil. Antara sebab mengapa rumah di Amsterdam dibina sedemikian adalah kerana bayaran cukai pada ketika itu dikenakan mengikut keluasan tapak. Jika anda berjalan-jalan sekitar kota Amsterdam ini, hampir keseluruhan kota ini dibina dengan senibina kecil dan tinggi lebih kurang 4-5 tingkat termasuklah kedai. Tangganya sangat condong atau jenis yang spiral. Depan rumah atau kedai mesti ada terusan. OOTD depan terusan Amsterdam memang nampak ...