Posts

Showing posts from December, 2016

Japan Boat Takoyaki, IOI Mall Putrajaya

Image
Baru-baru ni saya balik dari Jepun mencari-cari jugak kedai yang ader jual Takoyaki di Tokyo. Tapi apakan daya, perut lebih meminta makanan berat untuk diisi pasal harga untuk Takoyaki di Tokyo agak mahal dengan jualan pasaran Malaysia.  Oleh itu saya hanya mampu untuk mengunjungi salah satu gerai mereka, Japan Boat Takoyaki di IOI City Mall Putrajaya. Terletak di Ground Floor atau berhampiran dengan MC Donald's / Tony Roma's. Sangat disyorkan jika korang nak layan takoyaki dengan harga jimat selain daripada takoyaki Aeon. Harganya pula berbeza-beza mengikut keperluan anda tapi rata-ratanya bermula dari RM8.00 hingga ke RM18.00. Kalau korang order set boat yang ada 9 ketul takoyaki baru berharga RM10.60. Kira murah ler nak banding kat Tokyo. Layan tengok sekali cara depa masak der... terpesona dengan cara pembikinan dan penyediaan makanan Takoyaki ni. Tengok nampak macam senang ajer tapi macam rumit wooo... silap-silap kalau buat sendiri mau tak jadi bulat beb. Apa

Tempat Menarik di Hong Kong

Image
Tempat Menarik di Hong Kong Pastinya Hong Kong bukanlah sebuah negara 4 musim akan tetapi ianya juga mempunyai musim sejuk, panas dan ribut. Lebih dikenali sebagai negara sub-tropika yang mempunyai kebelbagaian bangunan tinggi. Dikala ekonomi yang merundum ini, republik Hong Kong masih mampu bertahan dengan kuasa autonomi mereka sendiri dan iainya masih lagi kekal sebagai salah satu negara berpendapatan tinggi dan taraf hidup yang tinggi. Bercuti di Hong Kong bukannya rumit malah mendapatkan restoran yang Halal juga tiada masalah. Menjadi masalah adalah cuaca sahaja yang kadangkala hujan yang mencurah bagaikan tidak pernah hujan selama 5tahun. Namun itu adalah kuasa Allah dan kita hanya mampu merancang sahaja. Bagi saya, antara musim terbaik untuk melawat HK adalah musim sejuk diantara bulan Disember hingga ke Februari. Lebih extreme pada musim sejuk kadang2 tiba hujan yang menyebabkan lagi sejuk bhai! Kali in saya share tempat tempat menarik untuk dikunjungi di se

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Image
Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022) Makan ruji sarapan pagi di Kelantan adalah nasi. Kenapa nasi? Ini kerana kebanyakkan rakyat Kelantan memerlukan tenaga kudrat untuk menjana pendapatan seperti petani, penoreh malah buruh.  Akan tetapi makanan ruji pagi ini masih dikekalkan sehingga kini menjadikan susulan kepada rakyatnya. Banyak gerai/restoran yang korang boleh layan di Kota Bharu ni, boleh perhatikan dimana rata-rata gerai agak ringkas akan tetapi pulangan yang sangat awesome. Beli bungkus atau makan di kedai lebih bermakna.  Saya sediakan 5 tempat best untuk sarapan pagi untu korang yang melawat Kelantan. Mungkin korang boleh cuba atau sharekan kepada yang ingin mencuba. Tapi kalau betul nak rasa sempoi boleh try Nasi Dagang bonda saya.. terbaik tanpa rasa muak. 1. Lieniey Nasi Kerabu Tumis, Jalan Abdul Kadir Adabi. Antara kedai pilihan saya untuk makan nasi kerabu waktu pagi. Hidanan yang ringkas tapi padu mampu membuatkan anda tidur lepas mak

Travel Tips ke Tokyo Jepun

Image
Travel Tips ke Tokyo Jepun Bila ke negara asing, beberapa faktro perlu dititikberat seperti makanan dan pakaian pada musim yang tertentu. Pasti lebih mudah untuk travel kerana anda boleh google atau blogging sahaja untuk mendapatkan info. Disini saya kongsi beberapa tips untuk ke negara Sakura pada Musim Sejuk dan Musim Bunga memandangkan demand pada kedua musim ini adalah sangat tinggi. Yela bila lagi nak merasa suasana sejuk beku sejuk dingin. Kat tempat kita sejuk bila hujan ribut ajer. Paling tidak pon banjir. Syukur Alhamdulillah. 1. Waktu Solat Seperti di Malaysia, waktu solat berbeza mengikut paras geografi kerana negara Jepun agak besar yer dari Hokaido menuju ke Osaka. Anda boleh semak waktu solat anda mengikut tempat yang anda lawati di IslamicFinder disini . Jangan lupa akan solat anda ketika melawati negara orang. Kebanyakkan surau di sekitar Jepur dinamakan sebagai Silent Room / Prayer Room. Boleh google dimana tempat letak masjid-masjid sekitar Tokyo.

Restoran Halal di Tokyo

Image
Restoran Halal di Tokyo Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam. Tokyo adalah salah satu negara yang agak mudah untuk mendapatkan restoran-restoran Halal. Anda boleh membuat carian atau research pada blog dan website Zahibah.com . Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Tokyo. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti. 1. Saray Kebab, Asakusa. Restoran ini terletak berhampiran dengan exit Asakusa Station atau nak senang landmark dia berhadapan dengan Burger King. Rata-rata makanan halal yang mudah didapati adalah makan jenis Kebab dan Bento Kebab yang di monopoli oleh warga Turkey. Kedia yang super compact ini hanya menjual beberapa menu makanan ala arab seperti roti pita, bento kebab, kebab ayam/daging dan sandwich kebab. Jangan terkejut pu

Itinerary ke Tokyo 4 Hari 3 Malam

Image
Itinerary ke Tokyo 4 Hari 3 Malam Tokyo adalah salah satu bandar paling padat di dunia malah juga taraf hidup yang terlalu tinggi. Maka tidak hairanlah mengapa segelintir penduduk Tokyo perlu bekerja bersungguh sungguh untuk menyara hidup walaupun umur sudah mencecah 80an.  Itinerary perjalanan kali ini mungkin terlalu padat kerana lawatan saya kesini adalah untuk usha tempat sebelum membawa famili ke Tokyo. Paling minima untuk spend di Tokyo mungkin perlu mengambil masa 7 hari untuk keselesaan dan tanpa terburu-buru. Cuma mungkin korang boleh guna itinerari ini untuk spot yang menarik yang korang boleh selitkan dalam itinerary sendiri. Tokyo adalah salah satu tempat mempunyai banyak tempat yang menarik dan korang hanya perlu sediakan saja duit. Ada beberapa tips untuk penjimatan menggunakan public transport yang korang boleh jimat iaitu penggunaan JR Pass. Berikut adalah Itinerary perjalanan saya selam 4 hari 3 malam berserta budget yang sempat saya takenote. Mungkin

Scrummy Restaurant, Jalan Ipoh Kuala Lumpur

Image
Scrummy Restaurant, Jalan Ipoh Kuala Lumpur 4 Disember lalu Nazril menyambut hari kelahirannya mencecah usia 3 tahun. Ditemani oleh Sidi dan Siti maka majlis kecil dirancang tanpa perancangan rapi. Dok pusing bagai, akhirnya memilih Scrummy Restaurant. Restoran ini terletak di Jalan Suppiah Pillay, Jalan Ipoh atau lebih senang korang jumpa HBSC Jalan Ipoh atau nak lagi mudah korang Waze ajer Scrummy. Tapi nak habaq mai landmark dia dok belakang HBSC Jalan Ipoh ajer. Sebelum ini Scrummy berada bersebelahan dengan Aeon Big, akan tetapi owner telah memindahkan kedai baharu dengan afas yang lebih baru. Boleh dikategorikan sebagai restoran fine dining, nak bawak makwe ker, wife mahupun teman office boleh ler. Ader part untuk private function, table for two dan paling penting kawasan merokok. Owner lebih menitik beratkan menu oriental dan western malah ada juga homemade coffee yang saya mahu anda cuba satu kali. Antara menu yang kami hadap adalah Koew Teow Special, Chicken C

Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 4

Image
Bercuti ke Tokyo, Jepun - Day 4 Pagi yang agak indah akan tetapi badan mula terasa sakit penangan marathon jalan kaki 25km disulami dengan cuaca sejuk. Selsema dan sakit tekak mula bermain-main dengan antibody badan. Agak lemah jugak nak bangun mandi dan gosok gigi pada suhu 2c. Pagi ni kami ingin menuju ke Karuizawa sekali lagi untuk membeli barangan hasil kiriman rakan dan menghabiskan duit Yen. Hari ke-empat adalah hari terakhir kami maka kami mempersiapkan beg dan kemas rumah sebagai menghormati tuan rumah. Jangan malukan Malaysia dengan perangai rutin kita yer. Tarik luggage dari Asakusa menuju ke Ueno Station dan membeli sedikit roti clear-kan duit syiling yen. Seterusnya menuju ke Tokyo Station untuk drop luggage ke tempat simpanan Coin Locker berharga 600JPY. Banyak coin locker ditempatkan di Tokyo Station, cuba cari di kawasan Gransta signage.  Shinkansen Hakutaka 557 menuju ke Karuizawa tepat pada waktunya. Tidur adalah agenda saya kerana dah makan ubat sel

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...