Posts

Showing posts from January, 2018

Amsterdam, Netherlands - Part 1

Image
Amsterdam, Netherlands Pada tika saya menjejak kai di Schiphol Airport, suasana airport ini agak sibuk yang ketara. Bagi saya Schiphol Airport lebih kurang seperti KLIA cuma ramai manusia dari pelbagai negara tapi tidak seramai Dubai International Airport. Selepas keluar dari kapal terbang Emirates, pemeriksaan imigresen sedikit perlahan kerana kaunter yang tidak banyak. Untung pada pemegang passport Eropah yang mempunyai akses e-passport checking yang sememangnya pantas. Jika anda travel dengan rakan anda yang sama jenis jantina, elakkan untuk membuat lawak bodoh dengan pegawai pemeriksa passport kerana mereka tidak sukakan lawak hambar dari anda. Sebelum bertolak, saya telah sediakan itinerari perjalanan saya, saya print kesemua booking AirBnb / hotel serta booking sewa kereta dan seperti diduga, pegawai ini meminta kesemua dokumen saya temasuk tiket balik. Normal tu beb, kalau datang 4 orang macam ni kompen depa ingat kita nak masuk cari kerja dan menduduki tanpa perm

Kota Prague, Republic of Czech

Image
Kota Prague, Republic of Czech Saya tiba ke Kota Prague pada hari ke 8 semasa Europe Trip tahun lalu. Bermula dari bandar Munich kami menyusuri autobahn Germany menuju ke utara. Perjalanan dari Munich ke Prague City agak jauh iaitu lebih kurang 372km, mengambil masa hampir 4jam.  Memandu Prius Wagon adalah pilihan terbaik ketika berada di Autobhan kerana ianya sangat menjimatkan minyak walaupun pada kelajuan 150km. Ketika melintasi sempadan diantara Germany dan Czech, kami berhenti disalah satu station minyak untuk membeli pass toll Czech. Jika anda memandu di highway Czech, kenderaan anda perlu memiliki pass seperti roadtax yang dipanggil Czech Motorway Sticker berharga CZK310 (RM59.00) untuk 10hari. Ada tiga jenis pass iaitu untuk 10hari, 1bulan ataupun setahun. Saya hanya beli untuk 10hari sahaja. Selesai membeli  Czech Motorway Sticker, anda perlu tampal pada cermin kereta dan meneruskan memandu tanpa ketakutan lagi. S uasana sekitar dan keadaan jalan raya mula menampak

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...