Posts

Showing posts from July, 2023

Destinasi 24 jam : Pulau Tioman Pahang

Image
Destinasi 24 jam : Pulau Tioman Pahang Baru ni abam bertugas di Pulau Tioman. Bukan pergi pancing undi kat sana yer! Ini kali pertama saya ke Tioman dan apa yang menarik kat pulau ini adalah satu bernda yang sangat unik selain daripada tempat tempat menarik untuk diving, snorkeling dengan hiking. Kalau nak datang ke Tioman, korang perlu datang pada bulan April hingga Oktober. Selain daripada itu tidak digalakkan kerana pada hujung tahun dan awal tahun adalah monsun Timur Laut. Lagipun pada waktu monsun aktiviti laut pun tutup. Hanya boleh lepak kat resort layan angin ribut saja. Huhuhuhu.. Kalau drive dari Kuala Lumpur, korang boleh drive melalui Segamat- Rompin, Kluang-Mersing ataupun nak santai Kuantan-Rompin. Pemanduan mengambil masa lebih kurang 5jam. Korang juga boleh beli tiket feri online atau walkin di kaunter, tapi lagi bagus kalau korang beli online. Nanti tak ada laa isu tiket habis. Ferry ke Tioman pun waktu dia terhad jugak, tak silap saya hanya ada 2-3 feri sahaja sehari,

The Original Kluang Rail Coffee, Kluang Johor

Image
The Original Kluang Rail Coffee, Kluang Johor Baru-baru ni saya ada pergi ke Kluang Johor. Dalam kepala saya ni memang saya target untuk minum kopi Kluang kat station keretapi Kluang tu. Usai selesai tugas saya di Kluang, saya membuat keputusan terus singgah nak pekena kopi breakfast walaupada masa itu jam sekitar 1000pagi.  Untuk pengetahuan tuan puan, Kluang Coffee yang original ni hanya ada di Kluang dan Shah Alam sahaja. Apa yang kita nampak di Tesco, One Utama dengan Midvalley tu hanya sbeuah franchise menggunakan nama Kluang kopi.  Setakat ini hanya ada 4 The Original Kluang Rail Coffee iaitu di Kluang dan 1 di Shah Alam. Kat Shah Alam ni nampak lebih exclusive tak macam di Kluang. Lokasi di Shah Alam boleh rujuk di entry bawah ni. Masa kejadian, saya pergi ke station Kluang tu. Nasib baik ada kawan, dia dah tolong beratur on behalf sementara saya sampai kat situ. Bro Syed cakap dia beratur almost 20minit untuk dapat tempat duduk. Katanya kalau hari sabtu atau ahad, boleh cecah 4

Restoran Halal di Tokyo - Part 2

Image
Restoran Halal di Tokyo - Part 2 Apabila mengunjungi negara bukan Islam seperti negara Jepun, persoalan pertama yang bermain dalam fikiran kita adalah tempat makan Halal.  Adalah menjadi satu kewajipan kita sebagai umat Islam untuk makan makanan yang halal. Jadi sebelum bertolak ke sesebuah negara, korang kena research dulu mana kedai makan halal dan mana kedai runcit yang menjual daging halal jika nak memasak. Sehingga kini, Kerajaan Jepun amat menggalakkan pelancong muslim datang ke negaranya sebagai salah satu memperkenalkan budaya dan kebebasan beragama dalam negara Jepun.  Ramai antara internet sensasi seperti Zunita, Yuhari dan lain-lain berkerjasama untuk mebawa naik jenama dan mempromosikan restoran halal di sekitar bandar utama Jepun. Jadi bagi saya, tiada masalah untuk makan dan mencari restoran halal, hanya berpandukan Google Maps dan sedikit bacaan didalam blog. Kalau korang jenis yang susah nak telan makanan asing, maka, korang terpaksa bawa segala rempah dengan makanan me

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...