Posts

Showing posts from January, 2024

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4

Image
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 4 Hari ke-empat adalah hari terakhir untuk saya guna Tokyo Wide Pass. Penggunaan Tokyo Wide Pass selama 3 hari ni macam tak cukup. Malah harga pass dah mula naik sejak Oktober 2023 lalu dengan harga JPY15000. Masa saya beli tu JPY10150. Beza sampai JPY500 tu... Jadi kita akan gunakan pass ini semaksimum mungkin.  Pada hari ini, saya membuat perjalanan solo menuju ke Nikko. Saya tak pernah sampai ke Nikko dan kali ini kena tetapkan juga untuk pergi kerana bila tengok dalam Instgram, Tiktok... Fuhhh tasik dia memang magnificent betul. Untuk ke Nikko, saya perlu naik Shinkasen dari Tokyo ke Utsonomiya. Interchange ke local train dan naik Nikko Line. Bila dah sampai Nikko Station, kena naik bas pula untuk menuju ke Chuzenji Lake. Kiranya kalau dari Tokyo Station ni, kena naik 3 jenis kenderaan. Mari saya ulaskan dulu. Sebenanrya ada jalan mudah untuk ke Nikko ni iaitu, korang boleh beli Tobu Pass yang berharga lebih kurang JPY4780 pertrip. Bo

Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3

Image
Bercuti ke Tokyo Jepun (Summer Trip) 2023 - Day 3 Pada hari ketiga, cuaca macam mendung tapi tak hujan. Maka ini adalah hari terbaik kalau nak pergi tengok Mount Fuji.  Disebabkan saya memiliki Tokyo Wide Pass, maka kita akan gunakan sepenuhnya untuk perjalanan melihat kawasan luar bandar Tokyo. Ada banyak tempat yang boleh tengok Mount Fuji ni salah satu Gotemba, Yamanashi, Kawaguchiko atau dari arah Osaka. Tapi, pass yang saya ada ni, membenarkan saya pergi ke Kawaguchiko, lebih kurang 2jam perjalanan dari Shinjuku Station.  Awal pagi kami bertolak dari hotel berbekalkan roti dan secawan kopi Family Mart. Murah malah sedap. Untuk ke ke Kawaguchiko, saya plan nak panjat bukit temple tu. Nama dia Arakurayama Sengen Park atau dikenali sebagai Chureito Pagoda. Salah satu tempat viral dalam Instagram untuk tengok Mount Fuji dari atas bukit. Cuma korang kena panjat 398buah anak tangga. Disebabkan anak tangga yang banyak, maka saya siap sediakan yoko-yoko serta kasut Nike Pegasus DMX untuk

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...