Miri, Sarawak

Hey-yoo....

Perjalanan menuju ker Miri selepasKuching.
Bandar Miri nih sejauh 800km dari bandaraya Kuching. Kalau drive atau naik bas mengambil masa selama 10-12 jam. Tiba di Airport Miri nih berbeza dengan airport lain yang ada di Sarawak pasal airport Miri nih ramai dengan orang yang pakai baju coverall. Budak2 kije oil&gas, pasal airport nih direct to offshore.

So dekat Miri nih tak banyak tempat yang aku singgah, tapi dari sini jugak boleh drive ker Brunei Darulsalam. Mengambil masa 1 jam untuk sampai ker international borders.


Yang aku perasan banyaklah jugak pub, hotel besar dgn kedai makan yang good kat sini tapi makanan agak mahal sket berbanding di Kuching, maner tak makan pagi nasik lemak ayam goreng RM24 ringgit dua kepala... mungkin pasal dorang charge pon harge orang kije minyak kott....

Encik Hilmi bawak aku gi jejalan kat kampung air (rumah atas sungai) dan The Grand Oil Lady. Seperti biasa Sarawak mmg selalu ader rumah atas air... terasa sejukkk jer kalu jejalan atas rumah nih... Difahamkan jugak kalau nak pergi ker National Park Loagan Bunut leh drive mengambil masa 2-3jam sejauh 130km. Tapi yang nih aku tak pergi ler jauh sangat... Aku pusing2 bandar Miri ajer...






Pastu ker Muzium Petrolium dan The Grand Oil Lady. Menatang mende Grand Oil Lady? aku pon mula2 tak tau, rupa2 nyer monument Oil Rig Tower yang pertama di Sarawak yang dimiliki oleh Shell. Dorang wat Tower Rig nih yang bagi aku sungguh awesome pasal tower nih diperbuat daripada kayu! Tower nih dibina pada 1910 oleh Shell diperairan Miri dan berhenti berkhidmat sekitar tahun 1963! Demmmm to old ahh!






Lastly Miri tak bosan, malam ada ajer night-life yang kalu korang nih kaki night-life ler... Enjoy

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam