Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam

Hatyai adalah salah satu negeri di negara Thailand dan ianya agak popular dikalangan rakyat Malaysia selepas Bangkok dan Krabi. Hatyai menjadi semakin popular selepas pandemik Covid-19 pasal duit Malaysia mula kukuh dan barangan asas di Thai masih lagi kekal tidak seperti Malaysia yang mula naik.

Memandangkan Hatyai ini terletak tidak jauh dari sempadan Malaysia, maka ada banyak akses pengangkutan yang anda boleh naiki untuk pergi ke Hatyai contohnya menaiki keretapi, bas, mahupun memandu sendiri. 

Trip kali ini saya kongsikan bersama itinerary memandu masuk dengan kereta beserta kos yang perlu anda bayar untuk membawa masuk kenderaan peribadi.

Sebulan sebelum trip ke Hatyai, saya membuat penempahan hotel Monkham Village Hatyai berharga RM280.00 untuk 2malam. Perkara seterusnya adalah membuat insuran kenderaan pasal ianya adalah wajib ya tuan.

Untuk insuran kereta ni saya purschase dengan GoThai, harganya RM90.00 sahaja. Insuran ini akan cover kenderaan anda sahaja yang berjumlah THB100,000. Lebih daripada tu kena tambah laa sendiri. 

Ramai orang cakap, kenapa nak bersusah payah drive kereta sedangkan boleh naik bas rilek dan tidur saja. Lain orang lain cita rasa dan lain pendapat. Bagi saya, saya sangat gemar pandu sendiri dan tidak mengikut itinerary orang beramai-ramai pasal saya anti-sosial. Giteww...

Jadi nak bawa kereta ni anda perlu banyak study cara-cara nak bawa masuk lepas tu kena susun itinerary sendiri. Tapi korang boleh baca travelog saya bagaimana nak pandu masuk ke Thai kat sini. Mudah saja... 

Saya tidak memasukkan harga makan dan beli barang kerana ianya tidak boleh dianggarkan. Kami makan memang banyak, beli barang 7Eleven pun banyak sampai penuh bonet. Jadi saya hanya letakkan harga tiket masuk sesebuah tempat sahaja. Harga makan tu korang budget laa sendiri. 

Jumlah pembelian dan bayaran kasar adalah :

1. Hotel : RM280.00
2. Tol: RM110.00
3. Minyak : RM170.00
4. Insuran : RM90.00
5. Tuk-tuk & Grab: RM65.00

Total bayaran adalah RM715.00 untuk 2dewasa dan 1kanak-kanak


Dibawah adalah itinerary perjalanan serta budget makan yang dikategorikan sebagai duit poket. 

Day 1 : Kuala Lumpur - Hatyai

- Bertolak dari KL menuju ke Bukit Kayu Hitam
- Semakan imigresen Malaysia & Thailand
- Menuju ke restoran Tamrab untuk makan tengahhari
- Sightseen di Cable Car Hatyai (Free)
- Shopping coffee di Lotus's 
- Checkin Monkham Village Hatyai
- Menuju ke Central Festival dengan Grab
- Jalan-jalan di ASEAN Night Market 
- Dinner di ASEAN Night Market

Day 2 : Songkla City

- Sarapan pagi di Chabura Dimsum
- Menuju ke Chang Puak Camp, tengok Elephant Show (500THB)
- Sightseen di Samila Beach
- Lunch di Khlong Hae Floating Market
- Balik ke Hatyai, singgah di 7 Eleven Kanjanavanish (7E besar)
- Singgah hotel untuk solat dan parking kereta.
- Jalan jalan ke Greenway Night Market
- Dinner di Lee Garden Night Market
- Sambung shopping di ASEAN Night Market
- Balik hotel, rest and packing.

Day 3 : Hatyai - Dannok - Kuala Lumpur

- Sarapan pagi di Chabura Dimsum
- Menuju ke Kim Yong Market (Beli kacang dan kerepek)
- Pekena kopi Nescafe Street Cafe. 
- Singgah 7 Eleven terakhir
- OOTD di Hatyai Train Station. 
- Balik hotel packing barang dan check-out
- Menuju ke Imigresen Thailand - Malaysia


This is Awesome!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1