Gangguan Bekalan Elektrik di India

Gangguan Bekalan Elektrik di India

Kegagalan kuasa elektrik terbesar dalam sejarah dunia telah menjejaskan 680juta rakyat diseluruh India awal minggu lalu.

Kegagalan elektrik yang berlaku menyebabkan 10% populasi dunia bergelap. Gangguan bekalan ini berlaku pada bahagian utara dan timur India. Setakat ini punca gangguan bekalan elektrik yang berlaku masih lagi disiasat kerana di India, blackout & voltage yang tidak stabil adalah perkara biasa.

Malah di India, rakyatnya terpaksa membeli generator kerana kerap kali terputus bekalan elektrik dan bekalan elektrik yang terhad seperti pada malamnya tidak disalurkan elektrik pada sesetengah bandar dan kampung. Demmmmm... memang betullah kawan aku pergi ker sana cakap hotel yang dorang duduk tu 4jam sekali elektriknya akan off. Mcm siottt.....

Lagipun standard piawaian elektrik di India sangat teruk sehinggakan penduduk mencuri elektrik dengan membuat wiring sendiri tanpa rasa takut. High voltage cable dipasang tanpa ada faktor keselamatan orang ramai, kabel elektrik pula disambung merata-rata dah mengalahkan sarang spider-man dah.

Pihak kerajaan berjanji berjanji untuk menaiktaraf elektrik di India menjelang 2017 dengan pelaburan sebanyak 1 Trillion USD. Ramai pihak berpendapat racangan ini akan gagal dan kerajaan tidak mampu untuk memulihkannya, kerana isu korupsi terlalu tinggi sehinggakan duit budget hilang begitu sahaja.

Selain itu, bekalan tenaga elektrik di India ini adalah milik pihak kerajaan, mereka tidak meng-swastakan elektrik ini seperti Malaysia yang mempunyai TNB. Maka, bekalan elektrik khususnya akan disalurkan pada ahli-ahli dan konco-konco kerajaan yang akan menikmati elektrik sepanjang masa tanpa bayaran.

Oleh itu, bersyukurlah kita berada di negara kita yang selalu ada elektrik sepanjang masa... lain-lain hal yang berkaitan atau hal semasa tu perlu diketepikan dahulu yang penting syukur pada Ilahi.


 









Source : thebigpicture.com | yahoo.com/news

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam