James Bond - Skyfall

James Bond - Skyfall

Semalam saya tengok Skyfall nih dengan isteri saya, apa yang boleh saya katakan dunia perfileman sekarang nih dah makin maju dan mudah dibikin. So cerita full action dengan grafik hanya dilakukan didalam studio berlatar belakang green screen.

Saya kasik rating James Bond Skyfall nih 8/10, jalan cerita Skyfall sangat menarik pasal dari intronya sahaja dah mula dengan kasi kejar-kajar sampai rabak keretapi. Demmmm.....

Skyfall kali menceritakan kesetiaan Bond pada negaranya dan bossnya M. Ibu pejabat MI6 telah diserang oleh pengganas yang dalam filem ini tidak diketahui siapa dalangnya. Pada klimaks cerita ini menunjukkan bahawa Bond detemukan dengan agent yang berkhidmat untuk M sebelum ini dan beberapa scene yang menyebabkan boss beliau M si perempuan tua tu telah mati kena tembak... hahhaha saja kasik panas line korang...

Seperti yang anda tahu adegan filem James Bond ini mestilah ada full action, bunuh-bunuh, belasah orang, romance scene.. so adalah dinasihatkan tak perlu la nak bawak anak2 kecik untuk tonton filem sebegini yer tambah2 kalu bawak budak umur 5 tahun yang tak paham ker idak...

Walaubagaimanapun filem Skyfall ini seakan kurang memuaskan jika dibandingkan dengan James Bond Quantum of Solace yang lebik menarik dan James Bond lakonan dari Danial Craig memang cool and awesome!

Skyfall adalah sebuah filem yang agak berbaloi untuk ditonton pada tahun ini dan paling best ending untuk filem ini akan bersambung dengan adanya task yang baru untuk Bond. Pastinya cerita James Bond tak akan habis sampai bile, cuma pelakonnya sahaja yang akan bertukar dan berpencen. Layannnn.....




Source : skyfall-movie.com

Comments

Naieem said…
Tp aku lagi suko lakonan pierce brosnan berbanding Daniel Craig... Die Another Day antara paling best bagi aku...

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam