Noordin Mews, Penang

Noordin Mews, Penang

Di Penang memang banyak rumah, rumah kedai dan bangunan lama hasil peninggalan bersejarah yang membuatkan bandar Penang telah diiktiraf sebagai bandar UNESCO. Noordin Mews adalah hotel butik yang baru yang mengalu-alukan pelancong Malaysia menikmati suasana era klasik 1920-an.

Terletak di Noordin Street, hotel ini menggunakan bangunan lama sebagai hotel utama mereka hasil peninggalan bangunan tahun 1920-an. Mereka membuat beberapa pengubahsuaian untuk menjadikan bangunan ini lebih komersil.

Noordin Mews mempunyai 16buah bilik yang diubahsuai dengan gaya klasik-moden untuk menambat hati pengunjung, antara bilik yang disediakan adalah Mews Downstair, Mews Upstairs, Shop House Room 1 dan Shop House Room 2. Setiap bilik mempunyai tandas, air-cond, TV LCD 32 inci, Wifi, siasan perabot retro dan balkoni peribadi.

Percayalah walaupun pemilik hotel ini menggunakan bangunan yang lama, akan tetapi tema yang klasik-moden ini mampu membuatkan hotel ini sungguh elegen dengan adanya swimming pool, restaurant, taman untuk santai dan membaca, ruang tamu luas, perpustakaan mini dan juga kedai-mini.

Harga bilik Noordin Mews bermula dari RM250 untuk Mews Downstair/Upstairs, RM350 untuk Shop House Room 1 dan RM550 Shop House Room 2. Bagi saya harga ini adalah berpatutan jika anda membawa keluarga anda untuk menikmati gaya retro di bandar Penang. Awesome!














Source : noordinmews.com
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!