Proton Satria Neo S2000 Rally Spec

Proton Satria Neo S2000 Rally Spec

Oleh kerana Proton Satria Neo S2000 juga telah mengharumkan nama negara untuk kejohanan International Rally 2011, maka saya bawakan khas bagaimana rupabentuk kereta Satria Neo Super 2000 Rally Spec yang dibina khas oleh pasukan R&D Proton R3.

Jangan salah faham dengan nama Satria Neo S2000, S2000 adalah singkatan kepada Super 2000 dan bukanlah dari S2000 Honda yang kita sangkakan sebelum ini. Satria Neo S2000 ini dibina khas dari kejuruteraan Proton R3 dari segi enjin, transmisi, elektronik dan reka bentuk body Satria Neo tersebut.

Pasukan Proton Satria Neo S2000 ini juga telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan untuk Asia Pacific Rally Championship pada tahun 2011.

Satria Neo S2000 ini berkapasiti 2000cc dimana 278bhp dihasilkan pada 7600 rpm, mempunyai trasmisi tiptronik 6 kelajuan berurutan, 3 plate slip differential, 4 piston brake Alcon, suspension MacPherson, anti roll bar depan dan belakang, sistem electronic dari GEMS untuk ECU dan power management, rim alloy 18inci untuk tarmac, 15inci untuk gravel dan pastinya berat keseluruhan untuk kereta ini adalah 1100kg berbanding dengan kereta asalnya adalah 1500kg.

Kejuruteraan dari Proton R3 ini telah dibuktikan bahawa mereka memenangi beberapa Rally Season dan Championship. Proton Satria Neo S2000 mempunyai beberapa kereta dan kategori, antara pemandu yang mengendalikan jentera Satria Neo S2000 ini adalah Karamjit Singh, A Bamba, Alister McRae dan Giandomenico Basso.

Support for Malaysian Team walaupon hanya Karamjit Singh sahaja yang trullly Malaysian, tak apalah sekurangnnya ada jugak.

















Source : facebook.com/protonmotorsports

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam