De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Sekali lagi kita ke Pantai Balok Kuantan Pahang cuma kali ini tempatnya di De Rhu Beach Resort. Bulan yang lalu saya ada update Duta Village Beach Resort dan sememangnya awesome!

De Rhu Beach Resort juga tidak kurang awesome kerana hotel dan pantainya memang best la jika nak berbanding dengan pantai di Selat Melaka. De Rhu Beach Resort ini terletak 2km sahaja dari Duta Village dan 15km dari bandar Kuantan. Anda boleh cari dalam GPS anda dengan carian De Rhu Beach Resort.

Okay resort ini adalah sebuah resort 3 bintang, walaubagaimanapun hospitality mereka memang awesome! Suasana lobby dan restoran De Rhu Cafe mereka agak cantik dan eksklusif, mana nak dapat resort 3 bintang layanan seperti ini. Mereka mempunyai sebanyak 162buah bilik yang terdiri dari Superior, Suite dan Deluxe.

Disini anda boleh mandi-manda di swimming pool ataupun di pantai, swimming pool mereka ada 2 iaitu indoor dan outdoor. Di kawasan Pantai Balok ini agak landai dan ombaknya agak tenang, boleh lepak tengok sunrise dan berjalan disekitar pantai.

Selain itu, kat sini mepunyai spa macam jakuzzi, mandi air panas, bilik sauna dan refeksologi, tetapi yang ini dikenakan charge-lah. Pada malam hari anda boleh lepak coffee house dan game house dimana anda boleh membaca buku atau pun main lepak chill-chill.

Harga bilik bermula dari RM150 - RM280 sahaja. Jika anda ke MATTA Fair 2013 ini, anda boleh beli voucher penginapan De Rhu Beach Resort dengan harga RM100 untuk 1bilik Eksekutif Suite. Sangat murah dan berbaloi.

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan disini dan boleh jalan-jalan di bandar Kuantan. Awesome!













Source : derhu.com.my

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam