Google Chromebook Pixel

Google Chromebook Pixel

Oleh kerana sekarang nih Android cuba menguasai pasaran, maka pihak Google Corp pun ada ideanya yang tersendiri dengan menampilkan laptop Chromebook Pixel dengan mengunakan sistem operasi (O/S) Chrome OS.

Apakah itu Chrome OS? Ianya adalah satu sistem operasi maya yang menggunakan Google Drive sebagai pemacu dan storage. Laptop sebegini amat sesuai jika anda seorang surfer internet sepanjang zaman ataupun anda seorang sales-man kerana laptop ini tidak berkemampuan untuk menggunakan software tambah-tambah lagi jika software yang melibatkan teknikal.

Akan tetapi Chromebook ini mempunyai display yang sangat Awesome sehingga mencapai 4.3juta pixel 2560X1700 pada 239ppi. Dengan resolusi sebegini, sudah pasti gambar/video anda memang awesome!

Oleh kerana laptop ini menggunakan Chrome OS, pastinya Chromebook ini menggunakan sepenuhnya produk-produk Google seperti Youtube, GMail, Sky Drive dan pelbagai lagi. Lebih dari itu, paparan laptop ini dibuat dari Gorrila Glass Touch Screen untuk memudahkan pengguna.

Chromebook Pixel Spesifikasi :
  • Paparan : 12.8" paparan, 2560X1700 pixel, 239ppi
  • CPU : Intel Core i5 Processor (1.8Ghz Dual Core)
  • Input : Gorrila Glass Multi Touch Smart
  • Memori : 4GB DDR RAM
  • Storage : 32GB Hard Drive Internal + 1 Terabyte Sky Drive Storage
  • Network : Dual Band WiFi 802.11a/b/g/n + Bluetooth 3.0

Chromebook Pixel ini dijangkakan berada dipasaran Malaysia pada June 2013 dan harganya pula bermula dari USD1,299 (RM4,026). Dengan harga sebegini... mungkin anda boleh beli Macbook Pro..










Source : google.com/chrome/device

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam