Selera Cik Siti, Kota Bharu

Selera Cik Siti, Kota Bharu

Balik kampung bercuti selama seminggu, maka hasilnya jalan jalan gi makan sekitar Kota Bharu. Tempat pertama yang saya nak share dengan korang adalah restoran Selera Cik Siti di Jalan Abdul Kadir Adabi. Kalau biasa di KB, kedai nih berhampiran dengan JPJ Panji.

Kedai nih mempunyai menu yang istemiwa iaitu Chicken Chop. Ramai orang yang datang ke restoran ini untuk makan chicken chop termasuklah kami sendiri...

Sekarang nih dah banyak kedai/restoran di Kelantan telah berani mencuba dekorasi kedai yang tampak lebih girang berbanding dulu. Tak tahulah macam mana statement seorang YB tu buleh cakap Kelantan adalah sebuah negeri miskin, kalu rakyat miskin tak de la plak rakyatnya beramai-ramai makan chicken chop. Dok gituuu?

Okay kedai Selera Cik Siti sangat sempoi, berkonsepkan restoran moden. Disini juga mereka menyediakan masakan ala-carte macam masakan thai, dan ada juga masakan western style. Kami 1 family memang hanya datang semata-mata untuk datang makan chicken chop, maka hanya ada gambar chicken chop jer yang boleh saya tunjuk.

Dari segi harga, boleh dikatakan bepatutan dalam kelas pertengahan, harga Chicken Chop biasa RM9.00, Chicken Chop Special RM12.90, masakan thai bermula dari RM4.50 - RM7.00. Air pula standard harga di Kota Bharu, RM1.00-RM2.00 untuk minuman orang ramai seperti milo ais, kopi ais, nescafe ais atau teh ais.

Kalau datang ke Kota Bharu jangan lupa untuk singgah di Selera Cik Siti, kedai ini beroperasi dari jam 5.00pm - 1.00pagi. Awesome!












Source : facebook.com/selera cik siti

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam