Bersaranya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Bersaranya Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat

Hari ini, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melepaskan jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan yang dipegang sejak 1990.

Tidak dinafikan kawan dan lawan, beliau seorang ikon yang dihormati, disegani dan disayangi ramai. Semoga Allah merahmati dan memberi kesihatan kepada Tok Guru.

Menteri Besar Kelantan yang baharu telah digantikan dengan Datuk Ahmad Yaacob dan Timbalan Menteri Besar pula disandang oleh Datuk Nik Mohd Amar.




TUAN GURU DATO' BENTARA SETIA HJ NIK ABDUL AZIZ NIK MAT

Tahun Lahir : 1931

Tempat Lahir : Pulau Melaka, Kelantan

Status : Berkahwin dengan Tuan Sabariah Tuan Ishak dan memperolehi 10 cahaya mata (5 lelaki & 5 perempuan). Kesemua anak-anaknya mengambil jurusan agama sebagai pilihan utama.

Pendidikan :
Sekolah Kebangsaan Kedai Lalat (3 Bulan) – 1936.
Sekolah Pondok Tok Kenali Kubang Kerian.
Sekolah Pondok Tok Guru Haji Abbas Besut, Terengganu.
Universiti Deobond, India – 1952.
Lahore, Pakistan – Ilmu Tafsir Quran – 1957.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Arab.
Universiti Al-Azhar, Mesir – Sarjana Perundangan Islam.

Penguasaan Bahasa :
Melayu, Inggeris,Tamil, Urdu,Arab

Pekerjaan :
Guru Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor.
Guru Sekolah Menengah Agama Darul Anwar, Pulau Melaka.
Penyelia Kelas Dewasa – KEMAS.
Guru Sekolah Menengah Maahad Muhammadi, Kota Bharu.

Politik :
1967 – Daftar sebagai ahli PAS.
1967-1969 -Pilihanraya Kecil – Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1969-1974 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir.
1974-1978 - Ahli Parlimen Kelantan Hilir. (Kawasan ini ditukar nama kepada Parlimen Pengkalan Chepa).
1978-1982 – Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1982-1986 - Ahli Parlimen Pengkalan Chepa.
1986-1990 – Ahli Dewan Undangan Negeri Semut Api Kelantan.
1990-2013– Menteri Besar Kelantan.

Kesimpulan Jawatan Politik :
19 Tahun Sebagai Ahli Parlimen.
4 Tahun Sebagai Ahli DUN. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Menteri Besar Kelantan Selama 16 Tahun. Hingga Sekarang Beliau Telah Berkhidmat Sebagai Wakil Rakyat DUN dan Parlimen Selama 39 Tahun.

Source : facebook.com/nikaziz

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam