The Shorea Resort, Negeri Sembilan

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

Kepada yang inginkan percutian mewah dengan suasana hutan damai, anda bolehlah kunjungi The Shorea Resort di Hutan Simpan Berembun Negeri Sembilan.

The Shorea ini terletak tidak jauh dari bandar Seremban lebih kurang 20km sahaja. Resort ini telah dibuka oleh sebuah keluarga yang mencintai alam damai dalam kawasan persendirian.

Senibina resort ini sangat cantik dan awesome! Sesuai dengan suasana hutan yang tenang kerana pemilik resort ini mengekalkan rekabentuk villa seperti alam semula jadi. Terdapat 2 buah Villa utama double storey yang dibina daripada kayu hutan iaitu Villa Shorea dan Villa Halia manakala pada bahagian bawah resort ini terdapat 2 buah villa iaitu Villa Bougainvillea dan Villa Kemboja.

Antara fasiliti yang terdapat di The Shorea ini adalah Pavilion Dining, 2 buah kolam renang buatan, 1 buah kolam renang dari air sungai, 2 buah kawasan rehat santai, kebun sayur yang segar, bilik jagaan haiwan peliharaan dan cafe santai.

Anda boleh melakukan aktiviti hutan disini seperti jungle tracking, nature walk, dan mountain biking. Anda tidak akan jumpa kereta dan motosikal yang lalu lalang di kawasan hutan ini, oleh itu tiada kedai untuk anda. Segala makan dan minum anda terdapat di The Shorea ini.

Harga penginapan di The Shorea agak mahal kerana bukan mudah untuk membina resort seperti ini didalam hutan. Selain itu, perkhidmatan hospitaliti di The Shorea ini sangat awesome yang pastinya anda tidak akan alami di mana-mana resort dalam hutan sebelum ini.

This is Awesome dude!















Source : theshorea.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam