Peristiwa Israk & Mi'raj

Peristiwa Israk & Mi'raj

Hari ini adalah 27 Rejab 1434 jatuhnya peristiwa Israk & Mikraj dan dalam tarikh ini umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat.

Marilah kita sama-sama juga memperingati peristiwa penting yang berlaku di bulan Rejab ini iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW.



Maksud :
  • Israk: Perjalanan Nabi saw di malam hari dari Mekah (Masjidil Haram) – Palestine (Baitul Muqaddis)
  • Mi’raj: Naiknya Nabi saw dari Masjidil Aqsa di Baitul Muqaddis menembusi alam di bawah ke sempadan yang paling tinggi iaitu Sidratul Muntaha.
  • Bumi, bulan, matahari, bintang-bintang, planet-planet = alam di bawah
  • Sidratul muntaha, baitul makmur( masjid tempat malaikat bertawaf- setentang dengan Ka’bah di bumi), luh mahfuz, syurga dan neraka, a’rasy= alam di atas
  • Percaya? Orang ke bulan. Kajian sains dan teknologi mengatakan boleh. Inikan pula Allah yang menciptakan sains dan teknolgi itu. Mesti segalanya tidak mustahil berlaku.

Bila berlaku :
  • Berlaku pada 27 Rejab, tahun ke 12 Kerasulan Nabi saw ( 662M- umur 52 thn).
  • 1 tahun sebelum Hijrah dari Mekah – Madinah.
  • Tahun dukacita: Bapa saudara Abu Talib dan isteri Siti Khadijah meninggal dunia.
  • Serangan musuh Islam bertambah kuat. Peristiwa di Thaif, Nabi saw dan anak angkatnya Zaid b Harisah dihina, diusir, dilempar dengan batu-batu tajam hingga berdarah!

Tujuan berlaku :
  • Allah ingin menunjukkan kepada Nabi saw tanda-tanda/alamat-alamat kebesaranNya. (rujuk ayat 1 surah al -israk)
  • Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memeperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': ayat 1) 
  • Apabila lihat tanda-tandakebesaranNya, maka akan hilang rasa sedih di atas masalah dakwah serta kehilangan orang-orang tersayang.
  • Menguatkan hati dan semangat Nabi saw untuk terus yakin berjuang.

Sepanjang perjalanan yang berlaku :
  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka, apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang.Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tetapi ditambah lagi kayu yang lain. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan gunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tetapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah orang yang mensia-siakan umurnya sampai ke hari tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Rasulullah SAW diberitahu oleh Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Kenderaan :
  • Seekor haiwan berwarna putih, dinamakan al-buraq.
  • Bentuknya seperti keldai. Warnanya lebih putih daripada salji.
  • Wajah seperti manusia, tapi dia membisu.
  • Bersayap, terbang dengan pantas.

Kesudahan ketika turun ke Bumi :
  • Bertemu musuh ketat, Abu Jahal. Abu Jahal dan musyrikin Mekah mempersendakan Nabi saw tentang Israk &Mikraj ¾ mlm.
  • Orang Islam percaya/tidak. Ada yang terpengaruh dengan non muslim. Abu Bakar percaya dengan Israk Mikraj. As-Siddiq.
  • Abu Jahal ingin malukan Nabi saw. Tanya tentang gambarkan bentuk rupa Masjid Al-Aqsa (tiang, pintu dll). Allah gambarkan di hadapan Nabi saw dan baginda dapat jawab! Orang yang pernah ke situ membenarkannya!

Jasad dan roh/roh yang pergi Israk Mikraj?
  • Rujuk ayat 1. Al-Israk. Lafaz ‘abdihi (hambanya-hamba dikenali manusia dengan jasad dan rohani.
  • Di Masjid Al-Aqsa, baginda ditawarkan 2 bekas minuman susu/arak? Nabi saw pilih susu. Fitrah kejadian, hanya tubuh badan kasar perlukan bahan-bahan kimia dari minuman dan makanan.
  • Jibril turun berjumpa dengan Nabi saw pada awal Israk Mikraj secara sedar. Bukan mimpi/roh. Kembaranya bersama Jibril secara fizikal sebagai teman.
  • Zaman sains dan teknologi, manusia ke angkasa luar dan ke bulan dengan jasad. Jadi, apakah hati kecil kita ingin menolak kebenaran Israk Mi'raj.
  • Buraq sebagai haiwan tunggangan. Sudah tentu dinaiki oleh jasad dan bukan roh.

Pengajaran :
  • Kuasa Allah tidak terbatas. Cth: Nabi saw dibawa dari Mekah – Palestine -Sidratul Muntaha ¾ malam sebelum terbit fajar. 6 mlm-6 pagi. ( Jam 3 pagi sudah kembali berada ke Mekah)
  • Sebelum bertemu Allah, Nabi saw di’bedah’ oleh Malaikat utk membersihkan hati. Dengan jiwa tenang, penuh iman dan taqwa, kita akan mudah mendekati Allah. Dua kali Nabi saw dibedah. Satu kali sewaktu kanak-kanak dan kali kedua waktu Israk dan Mikraj. Masa kanak-kanak itu, Nabi saw di perkampungan ibu susunya Halimatus-sa’diah.
Source : myadha.blogspot.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam