Sindiket SMS di bulan Ramadhan

Sindiket SMS di bulan Ramadhan

Semalam saya menerima 2 SMS yang sama tetapi waktu yang berbeza dari nombor yang tidak dikenali mengatakan seperti berikut :

"Your Card telah berjaya & memenangi hadiah GRAND PRIZE.dr Shell (M) Berhad RM20,000 RIBU No. Siri. 9R247YK. Sila dail talian : 012-8108-959 www.myls-shell.tk"

Sudah pasti dan confirm ini adalah salah satu sindiket penipuan yang cubaan mengorek duit anda kawa2 punya. So oleh kerana semalam agak bosan, so dengan selamba jugak saya reply pada kedua-dua nombor berkenaan selepas beberapa jam dengan ayat seperti berikut :

"Saya telah membuat laporan polis berdasarkan SMS yang anda hantar kerana kecurigaan dengan tawaran anda. Pihak polis dan pihak SKMM akan menyiasat mengenai perkara ini"

Setelah mendapati rakan saya cuba untuk telifon nombor ini untuk mencari pasal, dengan serta merta kedua-dua nombor ini telah dipadamkan. Tak tahu la padam pasal bateri kaput ker tros dorang off-handphone.

Lebih dari itu tengok pada link web-site (www.myls-shell.tk) dorang pon dah macam tipu. Mane ader Shell guna website macma tu.

Oleh itu, sempena bulan Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelma 2-3minggu lagi, sila berhati-hati dengan tawaran SMS yang menawarkan hadiah, cabutan bertuah mahupon pinjaman loan pasal dorang mungkin ingin dapatkan maklumat anda untuk mengisi borang apa2. Tahu-tahu bulan depan anda dapat bill beribu-ribu ringgit atas nama anda contohnya pinjaman 'along' ker, card credit ker..

Jika betul sesebuah organisasi ingin memberikan anda hadiah, paling koman dorang akan call korang dan suruh korang datang opis. Secara official-nya anda tak perlu memberikan maklumat peribadi kepada sesiapa tambah-tambah lagi dengan orang yang tak dikenali.

Sila ingatkan orang tua supaya tidak tertipu dengan tawaran sebegini. Jika anda menerima SMS atau email yang mencurigakan, anda boleh membuat aduan kepada SKMM secara online disini.

Selamat beramal di bulan Ramadhan.



Note : Handphone saya cap Nokia cakia, paling kurang handphone saya mampu bertahan tanpa pengecas selama 2-3hari walapon buat call/sms. Huhuhuhu.... 

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam