Grand Theft Auto V

Grand Theft Auto V

Seriously Rockstar Games akan melancarkan perang habis-habis di pertengahan September ini iaitu dengan membuat pelancaran game terbaru mereka Grand Theft Auto V. Saya percaya para game PS3 dan Xbox 360 komepm terguling-guling nak layan games nih.

Lebih menarik, GTA V kali ini menampilkan 3 watak gangster (Micheal, Trevor dan Franklin) dimana anda berpeluang untuk memainkan kesemua antara mereka. Ketiga-tiga mereka nih mempunyai rekod jenayah dan anda juga boleh tukar watak mereka dengan misi yang berlainan.

GTA V nih lebih meng-focuskan misi-misi rompakan bank dan beberapa misi rompakan yang lain. Selain itu juga anda juga berpeluang untuk bermain tennis, base jumping, mountain biking dan juga golf dalam GTA V nih. Jika layan video klip dorang nih, pastinya korang tak senang duduk nak tunggu GTA V nih launch!

Dari segi grafik, Rockstars Games juga telah menambah baik paparan grafik dan pacuan pemprosesan untuk menghasilkan grafik HD dan effect yang lebih real seperti sebuah filem. Game ini adalah untuk 17tahun keatas sahaja dan dinasihatkan sila memantau anak-anak anda jika bermain game GTA V ini kerana mempunyai unsur-unsur negatif.

Difahamkan, Rockstar Games hanya develope game ini untuk PS3 dan Xbox 360 sahaja untuk seketika ini, kemungkinan beberapa bulan seterusnya mereka akan memastikan GTA V ini dapat dimainkan di PC, Nintendo Wii U, Xbox 720 dan juga PS4.










Source : rockstargames.com | youtube.com/GTA5

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam