Express Teppan-Yaki Mid Valley, Kuala Lumpur

Express Teppan-Yaki Mid Valley, Kuala Lumpur

Week-end minggu lalu pegi jalan-jalan di Mid Valley bawak wife yang sememangnya dah sarat. Nak berjalan-jalan katenye.. Honestly kami memang dah lama tak pigi Mid Valley terutama level atas skali tempat GSC tu.

Agak awesome pasal tempat tu dah berubah terutama Food court tu dah berpindah pigi bahagian yang lain tapi masih di level yang sama. Dalam nak masuk food court tu ada satu kedai simple tapi awesome iaitu kedai Express Teppan-Yaki.

Korang mesti dah tau Teppanyaki nih kedai macam mana kan. Kedai pon dah nama Jepun so memang kedai nih Japanese-Style bak kata hang! Dekorasi dengan main menu confirm ala-ala Jepun.

Apa yang saya nak highlight dekat korang bahawa kedai nih memang stylo-milo beb. Walaupun kedai nih berkongsi kawasan dengan area food court. Tapi dorang masih dapat idea untuk menghasilkan sebuah restoran lain dari yang lain. Keadaan kedai yang bersih dan perfect sepatutnya Express Teppan-Yaki ini boleh membuka cawangan lain dengan kedai sendiri.

Berkonsepkan memasak makanan yang di-order depan muka customer mampu menarik minat orang ramai termasuk mak ayah saya. Muahahahaha..... Rata-rata menu Teppanyaki nih agak simple pasal dorang masak agak pantas dan tak macam menu Thai yang sungguh kompleks.

Antara menu yang dihidangkan disini adalah Chicken Teppan, Beef Teppan, Seafood Teppan dan pelbagai lagi. Harga pula bermula dari RM13.00 hingga RM32.00 mengikut isi perut anda yang lapar.

Kalau korang ke Mid Valley boleh singgah Teppan-Yaki sementara tunggu nak tengok wayang. Gerai ini mendapat sijil halal dan dipaparkan dekat kaunter bayaran.







Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam