Cycling to Kota Damansara Comunity Forest

Cycling to Kota Damansara Comunity Forest

Last week saya dan En. Mohd Firdaus aka Zapidi membuat kayuhan santai dari Kg. Penchala menuju ke Kota Damansara Comunity Forest (KDCF)

Kayuhan santai bertujuan untuk mengusha-usha kot-kot ramai lagi tak manusia yang kayuh masuk dalam KDCF. Laluan dari Penchala menuju ke Bandar Utama dan melalui jalan Persiaran Surian yang sememangnya makin terok disebabkan projek MRT.

So bila dah sampai ke KDCF tu, agak ramai jugak cyclist yang tengah setup bicycle nak masuk KDCF. Mungkin dah ada pembaharuan atau trail RRI dah tak leh masuk.

So kami hanya amik gambor aje di KDCF pasal pikir kalu nak masuk ke dalam mahu 1jam jugak pastu nak kayuh balik ke Kg. Penchala... pancit wooooooi!

On the way balik kami lalu laluan yang sama iaitu dari Persiaran Surian menuju ke Bandar Utama dan tidak diduga En Zapidi terjatuh ketika melalui lorong kecil menyebabkan tangan beliau patah belah kanan.

Kami mendapatkan rescue dari wife En Zapidi sendiri dan teros dihantar ke KPJ Damansara. Difahamkan lagi kecederaan sangat serius rupanya  pasal tangannya patah dan perlu menjalani operation di Hospital Pantai esok.

Semoga cepat sembuh bro Zapidi dan pada korang berbasikal, safety perlu dititikberat dan focus on your ride.

Pray for Zapidi. Get well soon bro!








Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam