Bercuti ke Ho Chi Minh City - Day 3 & 4

Trip to Ho Chi Minh City - Day 3 & 4

Day 3 :

Seperti biasa pagi kami breakfast sendiri sementara tunggu supir kami datang. Saya breakfast di Restoran As-Salam. Agak mahal di Restoran ini pasal dorang kenakan tax 20%. 2 keping roti canai macam lempeng tu dengan kari ayam yang ado ayam seketul. Tapi regenya VND100,000 termasuk tax (dalam rege RM17.00).

Lepas breakfast kami melawat ke Masjid Ar Rahman yang dikatakan antara Masjid tertua dan terbesar di Ho Chi Minh nih. Masjid ini dibina sekitar tahun 1935 dan pernah mengalami kemusnahan akibat salah faham agama diantara penduduk sekitar. Di sekitar ini terdapat banyak restoran Arab. Mungkin mat arab suka lepak dikawasan ni kot.

Selepas itu kami menuju ke Pasar Bin Thay. Saya mendapat info ini dari blogger yang lain yang mengatakan harga kain pasang sangat murah. Pasar ini terletak di District 5 atau dikenali sebagai China Town. Lebih kurang 20minit dari hotel atau 8km dari Ben Thang.

Memang betul harga kain pasang disini murah beb. Boleh dapat dari harga RM15 ke RM20 sepasang. Kat sini orang Malaysia dah start kurang, ada tu ada la tapi tak semeriah Ben Thang. Tapi sekali tengok dorang beli ngeri beb... macam dah xnak datang hari lain dah gayanya... Beg juga dijual disini tapi kurang menarik. Dorang lebih tumpukan kain pasang dan barangan borong je. Dalam pasar agak sesak dan super sempit. So hati-hati dengan pick-pocket.

Hampir 2 jam di Pasar Bin Thay, so kami menuju ke Diamond Plaza nak sejukkan badan dan pekena Coffee di Highlands Coffe ala-ala Starbuck versi Vietnam. Di sini anda boleh cross jalan kalu nak bergambar di Hard rock Cafe Ho Chi Minh... Ngeh ngeh ngeh....

Lepas lepak, kami kembali ke hotel. So saya jadi nursery Nazril sekejap sementara wife dengan adik pergi Ben Thang lagi nak layan shopping.. Perghhh rabak...

Pada malamnya kami layan Water Puppet Show di The Golden Dragon Theater, ala-ala Istana Budaya KL. Water Puppet Show seriouly sangat menarik... Dorang main puppet kayu tu dalam air, dan korang pasti dok pikir-pikir cmner dorang gerakkan puppet dalam air. Difahamkan juga Puppet Show ini mendapat pengiktirafan World Class. Harga tiket pulak  VND150,000 lebih kurang MYR25.00. Dorang ada waktu waktu tertentu je beb, rasanya dorang hanya start jam 5.00pm dan last show 8.00pm waktu tempatan

Abis show tu kami dibawa balik ke hotel, again n again, saya nursery Nazril bagi peluang wife dengan adik shopping untuk closing. Tapi kopi Vietnam pasti pekena dulu...


Day 4 :

Breakfast pagi ke 4 saya tapau roti canai dari Restoran As Salam. Walaupon roti canai berharga RM17.00, so layankan aje takut kempunan plak nak layan roti depa. Pekena kopi ais kaw satu sebelum balik. Perghhh..... Segar bijik mata!

Acara packing barang bermula masing-masing menambahkan beg sedia-ada.. Polisi Malaysia Airline adalah 30kg dan tak buleh lebih dari dua beg untuk setiap orang. so total saya dapat 70kg termasuk luggage Nazril.

Mama dengan Abah sempat ronda lagi sebelum check-out. Kami semua pakat dok habiskan VND... yela kalu korang nak tukar ke MYR di KL banyak rugi beb.. so lebih baik habiskan VND kat sini ajer.

Jika anda nak ke Airport, sila makan dan minum sekenyangnya pasal makanan di Airport mereka tidak Halal. Ini adalah makluman dari MAS sendiri. Pastu air mineral tidak dibenarkan dibawa masuk semasa security checking. Tapi dorang sediakan water cooler tong air tu bila dekat waiting area.

Keseluruhan trip Ho Chi Minh ini sangat Awesome sampai wife nak repeat lagi.... Sangat enjoy walaupon penat dan berbaloi dengan yang apa anda belanjakan. So total perbelanjaan juga masih dalam budget kami. Super Awesome!

Cuma diingatkan lagi, sila berhati hati dengan handbag dan purse anda. Pick pocket disini sangat licik. Malah pick pocket tu berkemungkinan dari peniaga-peniaga sendiri sementara anda tengah leka memilih barang. Sila berhati hati yerrr...

This is Awesome dude!












Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam