Bercuti ke Bandung - Day 2

Trip to Bandung - Day 2

Breakfast di hotel buleh menjimatkan wang poket anda, food serving di Hotel Promanade adalah Halal. So buleh belasah cukup2 sementara nak tunggu lunch. kikiki...

Berbeza dengan Ho Chi Minh City, di Bandung ini rakyatnya lebih gemar memandu kereta berbanding bermotosikal. Lebih kurang macam kita jugak so trafik memang padu dan padat. Rakyat mereka kurang mesra dengan pejalan kaki, kalu nak lintas jalan memang susah beb...

Pagi 2nd day kami ke Tangkuban Perahu, nak tengok kawah gunung berapi katanya... yelah kat kampung saya xde gunung berapi, bila lagi nak tengok. Perjalanan dari hotel menuju ke Tangkuban Perahu mengambil masa lebih kurang 1jam termasuk cilok traffik.

Perjalanan mendaki bukit memang mencabar, so korang buleh tengok pada kiri dan kanan jalan penempatan perumahan yang super pack di lereng bukit. On the way ke sini anda akan lalui Kilang Pemprosesan Kopi Luwak. 

Tiba di Tangkuban Perahu anda kena bayar IDR70000, korang dah buleh mula bau macam karbait. Ala macam bau orang bakar bunga api. Tapi udara memang sejuk beb. So nikmatilah udara dan pemandangan ciptaan Ilahi.

Si Wadi dah pesan kat kami, atas ni ramai peniaga jalanan, jika korang nak beli barang sourvenior yang depa jual tu pastikan korang beli. Jangan nak belek-belek nak offer pastu tros belah. Kompem dia kejar korang sampai kena paksa beli. Huhuhuhu.... 

1 jam kami kat Tangkuban Perahu, so kami plan nak ke Floating Market, tapi Si Wadi ajak singgah di Kilang Pemprosesan Kopi Luwak yang terkenal dengan kopi tahi musang dan antara kopi termahal di dunia. Masuk disini adalah percuma dengan layanan 5 star!

Agak teruja juga saya nak kesini pasal nak tengok cmner dorang proses kopi dan macammana dorang buleh cakap kopi luwak nih halal pasal kopi tu adalah dari najis musang.

Tiba di Kilang Kopi Luwak kami disambut oleh staff mereka dan juga mereka akan bawak korang pusing kilang. Sebenarnya kilang mereka nih adalah macam industri desa, kesemua peralatan masih tradisional dan proses pon masih manual yang menyebabkan kopi mereka sungguh mahal. lebih kurang RM30.00 secawan beb!

Pastu kami menuju ke Floating market, sungguh hebat idea mereka.. dan saya tertanya kenapa di Malaysia tak buat macam Floating Market Lembang nih. Tiket masuk untuk dewasa adalah IDR15000 sahaja. Saya sangat mengesyorkan korang wajib singgah ke sini bila datang ke Bandung. Ada taman yang super awesome yang membuatkan anda nak lepak sampai ke petang hari. Landscaping yang dorang buat sangat cantik dan beberapa taman untuk Arnab, Taman Miniature KEretapi, Taman Ikan Mas... macam2 laaa ada!

Lebih awesome Floating Market Lembang ini jual makanan macam di Hat Yai, cuma disini jauh lebih selesa dan bersih berbanding di Hat Yai. Korang try makan sate ayam dan pekena Keow Teow Basah. Leleh cakap lu beb.... Kat sini jualbeli menggunakan kupon, so korang kena tukar kupon untuk membeli makanan. Macam macam makanan ada, mak saya sampai nak lepak sampi petang ajer dengan udara yang agak sejuk.

Habis di Floating Market kami menuju tempat muda mudi iaitu di Trans City Studio (TCS). Ahahahaha tempat nih memang saya nak jejak daru dulu lagi.. kali baru ler sampai. Harga tiket masuk untuk dewasa adalah IDR175000 untuk weekend. TCS ni lebih kurang macam Indoor Park Genting Highlands tapi dia dapat award Largest Indoor Theme Park beb... 

Kalu korang datang membujang, masih muda mudi, memang korang perlu spend time 1 hari kat sini, macam-macam mainan korang boleh layang dengan 1kali bayar masuk ajer.. Paling syiok time kami sampai tu ada performance show yang depa buat, best dan awesome sampai Nazril tepuk tangan tengok. 

Rasa lebih kurang 3jam kami kat dalam TCS ni, so kami gerak balik ke hotel pon dah malam pastu cuaca pon dah mula hujan. Badan memang penat giler beb, malam tu memang xpergi mana pon.. hanya tapau makan pastu tidur aje.






















Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam