Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Oleh kerana selalu ke negeri Kedah, saya telah mengenalpasti beberapa restoran yang menjadi pilihan saya dan boleh dikategorikan Awesome untuk dicuba. Pastinya di Kedah tidak ketinggalan dengan sajian tempatan mereka yang wajib anda cuba...

Terdapat banyak pilihan makanan yang anda boleh dapati cuba ianya bergantung pada meter tekak anda ajer. Dari Kuala Kedah, Alor Setar, Sungai Petani sampai la Kulim dan Baling. Pastinya tidak kechewa...

Disini saya list-kan beberapa restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan.

1. Kak Yang Gulai Termenung, Kuala Kedah.

Selepas saya diperkenalkan gulai ikan oleh kawan saya, jadi, title nasi royal kedah telah turun pada satu anak tangga dimana gulai ikan termenung ini mampu membuatkan saya tak pernah miss untuk singgah jika datang ke Kedah.

Serius dan saya tak tipu, gulai ikan termenung kedai Kak Yang ni memang padu dan terbaik tuan-puan. Korang boleh beli bahan mentah kat pasar sebelah lepas tu suruh kak yang masak. 

Antara menu masakan favourite saya adalah masak sos, masak sambal dan masak kicap. Menu tetap adalah gulai ikan termenung. Lepas makan kompen termenung. 

Ditambahkan pula nescafe dan kopi ais yang di-brew sejati, membuatkan penyudah santapan pagi ini dengan penuh indah dan termenung dengan hasil yang disajikan. Jangan risau pasal harga. Walaupun nak makan seafood, tapi terimalah, harganya sangat murah dan berbaloi! 

Korang boleh cari didalam google maps dengan carian Kak Yang Gulai Termenung.





2. Nasi Royal, Alor Setar

Restoran Nasi Royal ini dah lama orang kenal, saya maklumkan sekali lagi pasal ianya adalah Awesome bagi kamu yang masih belum merasai kenikmatan kuah kari... Perghhhh dicampurkan pulak teh ais buih lebih yang mampu membuatkan pagi anda lepak didalam jamban.

Jika datang sini, korang kena terima laa kedai kecik kepas tu seat pun limited. Kalau nak senang parking saja dalam Pekan Rabu pastu jalan sikit aje. Masa 2021 tu saya tak pasti boleh dine-in ke tidak.

Korang boleh cari kedai ini dengan carian SMR Nasi Lemak Royale didalam google maps.




3. Nasi Kukus Ayam Berempah Syed, Sungai Petani

Nasi Kukus adalah salah satu menu kegemaran saya. Nasi Kukus Syed ini adalah sangat tiptop dan awesome pasal ayam rempahnya digoreng daily fresh base on request. So setiapkali yang anda order pasti akan dapat level panas punya.Nasi Kukus in berharga RM5.50 (Kalau tak silap)... Jika kena time peak hours pastinya beratur luar kedai bhai.

Makan nasi kukus time hujan syahdu bang. Boleh terasa segala rempah dia cari dicelah-celah gigi. Entahlah, tiap kali saya pergi ke Sungai Petani mesti hujan. Dah hujan kena laa pekena nasi kukus terbaik.

Korang boleh cari kedai ini dengan carian Syed Original Nasi Ayam didalam google maps.




4. Nasi Lemak Taiping, Alor Setar

Nasi Lemak Taiping ini terkenal dengan makan sarapan pagi. Terdapat pelbagai menu macam roti canai sardin, nasi lemak dan kuih seperti lempeng. Dah lupa apa nama yang dorang sebut dalam loghat Kedah. Macam lempeng yang ada inti kelapa.

Saya suka pekena roti sardin di sini pasal memang level Awesome... nampak macam biasa tapi terbaik bro.... Nak makan macam-macam boleh datang awal. Tempat duduk adalah terhad yer...

Landmark kedai ini adalah tersorok sedikit, lebih senang anda cari Maybank di Jalan Sultan Badlishah. Parking kereta bersebelahan / belakang Maybank ini, cari Lorong Mahsuri dan anda akan boleh nampak ramai orang beratur pada kedai hujungnya. Dalam Google Maps xde tapi saya sharekan Maybank tersebut.

Alamat : 17 Bgn Ukir, Jln Tunku Ibrahim., 05000 Alor Setar




5. Iman Koew Teow, Alor Setar.

Asik dok makan nasi aje bila datang Kedah, jadi sekali sekala boleh laa cuba menu lain pula. Antara makan malam yang saya suka di Alor Setar adalah Koew Teow Iman. 

Koew Teow Special dengan telur goyang kat atas tu memang jahat habis. Yang peliknya, order satu tak cukup, order dua pun macam tak cukup. Bahaya betul makan kat sini. Service pun tak perlu tunggu lama pun, kalau order tu dalam 15minit dah sampai kat meja tuan-tuan. 

Walau banyak meja yang disediakan, tapi memang penuh kat sini bro... kena datang awal dan tunggu orang makan kat meja sebelah. Yang makan tu jangan nak lepak lama-lama macam kedai mamak. Orang dah berdiri lama tu bangun arrrr... orang lain pun lapa! Hahahaha!

Korang boleh cari kedai ini dengan carian Iman Koeyteow Kerang didalam google maps.




6. Cucur Udang, Taman PKNK.

Minum petang kena ada jika datang ke Kedah pasal sememangnya banyak gerai-gerai yang menawarkan menu makan petang antaranya, laksa siam, cucur udang dengan gerai kueh-muih.

Antara favourite saya jika datang ke Alor Setar adalah makan petang di medan selera Taman PKNK. Kat sini ada pelbagai gerai yang dorang berniaga dari pagi sampai ke malam. Tapi bagi saya, menu masakan petang adalah yang terbaik. 

Gerai Cucur Udang ni berhadapan dengan BSN Taman PKNK aje, korang cuba order set Cucur Udang berharga RM5.00 sahaja. Kalau tak cukup, pergi ke kedai sebelah, order pula laksa siam 2 set yang datang penuh dengan ulam-ulam

Korang boleh cari kedai ini dengan carian Mat Cucur Udang didalam google maps.




This is Awesome dude!

Nota : Tulisan dan gambar adalah hak milik blogger nazrulakram sahaja

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam