Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 1

Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 1

Alhamdulillah stelah sekian lama berhajat untuk bahawa family bercuti ke Sabah akhirnya termakbul. Sebelum ni asyik datang outstation sorang jer pusing pusing Sabah. Bini pon dok asyik tanya ade ape kat Sabah? Best ker Sabah?. Nahhhhh saya angkut dorang datang Sabah tengok best ker tidak Sabah ni.

Flight MAS MH2646 berlepas tepat masanya tanpa sebarang kelewatan dari KLIA. Kadang-kadang MAS ni lambat disebabkan passenger sendiri yang sambil lewa shopping dengan dok layan kopi tanpa melihat masa boarding. Cuba elakkan attitude sebegini yer...

Flight mengambil masa 2jam30minit tiba di Kota Kinabalu International Airport (KKIA) pada jam 1230pm. 

Sebelum ni saya dah deal sewa kereta melalui mudah.my... janji dengan brader jumpa airport jam 100pm tapi skali brader ni drag masa kena la tunggu sampai 130pm... Nanti saya share contact brader sado tu kalau korang nak sewa kereta di KK. Memang murah nak bandingkan harga sewa di Airport. Saya sewa proton Preve 3hari, bayarannya adalah RM340.00 ajer.

Dah dapat kereta dengan brader sado, terus driving menuju ke Rumah Terbalik di Tamparuli. Mulanya nak plan gi Kundasang, tapi macam letih pulak pasal otw jalan dari Airport ke Tamparuli jem giler. 

Tiba di Rumah Terbalik pada jam 1530pm dan perlu bayar tiket untuk masuk Rumah Terbalik + Muzium 3D sebanyak RM32.00. Kat sini juga terdapat cafe dan kemudahan untuk solat.

Layan famili amik gambar pon dah boleh rasa letih beb... Macam-macam ler dorang buat kat sini.. sangat kreatif dan difahamkan Rumah Terbalik ini adalah rumah yang ke 4 dibina didunia secara terbalik. 

Abis lepak kat Rumah Terbalik ni saya terus balik ke KK untuk check-in di Sky Hotel, Karamunsing. Hotel dah booking melalui Agoda.com, saya amik bilik Deluxe. Bilik ni macam sebuah apartment kecik dimana mepunyai 2bilik tidur... 1 bilik ada katil king dan 1bilik lagi ada katil single. Boleh muat 4orang, dan bestnya ada sofa dan dapur letrik kalau korang nk masak. Cuma microwave ajer yang xde.

Acara next adalah dinner beb, saya dah pastikan dinner di KK adalah yang terbaik. Pastinya saya bawa diaorang ke area KK Waterfornt. Terdapat banyak kedai jual seafood berhampiran hotel Hyatt Regency. Anda boleh blog kedai seafood ini yang telah saya upload tahun lepas. Nama kedai ni adalah Gerai Sinar Delima Masakan Jawa.

Having dinner with family is a great moment. Tambah pulak layan seafood udang butter basah, siakap masak stim, sotong bakar sambal... perghhh memang leleh dengan harga yang murah lagi awesome!

Dah kenyang makan dinner lepak sekejap sekitar Waterfront tu... kalau cuaca ok nanti ramai orang yang main buskers kat sini... boleh la layan.

Sambung pada Day 2











Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam