Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 3

Bercuti ke Kota Kinabalu - Day 3

Hari ini adalah hari terakhir kami, jadi aktivit kami adalah nak ke pasar SAMCA untuk cari lauk seafood yang super fresh.

Jika korang nak tahu, setiap awal pagi bermula jam 4pagi hingga 7pagi akan ada pasar dimana nelayan yang berlabuh di jeti SAMCA akan jual hasil tangkapan mereka dengan harga sangat murah. Selepas jam 7pagi mereka akan tolak hasil tangkapan mereka ke pasar basah bersebelahan dengan Pasar Philippine.

Kat sini korang boleh dapat udang saiz XL dengan harga RM22.00 sekilo, udang harimau RM25.00 sekilo, ikan kembung dan ikan selar RM4.00 sekilo.... arghhhhh macam-macam lagi laaa... nak tau harga sila pergi sendiri yer... Memang murah beb... mane nak dapat harga murah cam ni malah lebih fresh.

 Lepas beli seafood nih, korang perlu hantar barangan korang nih untuk packing. Tak boleh naik flight bawak ikan woi... Tempat packing tu terdapat dalam bangunan pasar. Kedai tu bukak jam 7.00pagi.. korang boleh tinggalkan hasil belian dorang kat fridge depa dan bagitau flight jam berapa. Nanti depa packing seal siap2, bayar dan amik bila masa korang janji. Harga untuk kotak medium berharga RM25.00.

Abis gi pasar saya gi breakfast di Jeti Jesselton, Nazril tengah tidur lagi kt hotel kami layan laaa lepak tepi pantai, bila lagi yer... Breakfast kat sini best pasal boleh jalan-jalan tengok view pantai dengan layan culture dorang. Sangat disyorkan breakfast kat sini.

Sesudah tu balik hotel bersiap untuk hantar wife ke Pasar Philippine. Saya drop ajer anak-beranak tu shopping kat Pasar Philippine. Kat pasar ni anda boleh beli cenderahati, barangan makanan kering macam kerepek, udang kering, ikan kering. Nak beli batu mata dengan brouch pon ado... Pendek kata keputusan meninggalkan isteri di pasar ini sangat berbaloi.. tunggu kt hotel - call - pickup diorang ajer... hahaha...

Dah settle semua terus siap nak balik pasai flight jam 1430PM. Kesemua hasil belian anda tu haruslah dipacking dalam kotak. Flight MAS akan tolak luggage anda jika anda beli barang basah yang meleleh dengan yang tak packing betol. 

Flight kami MH2641 ontime saja dan tak delay, menuju balik ke KL. Macam biasa Nazril tidur sebelum flight take-off.

Percutian yang sangat best, yang pastinya diorang nak repaet makan udang butter basah.

This is Awesome dude...   









Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam