5 Tempat Makan Best di Kelantan

5 Tempat Makan Best di Kelantan

Jika anda ke Kota Bharu Kelantan, pastinya anda tidak akan kebuluran kerana memang terlalu banyak kedai makan menjadi pilihan dari santapan pagi, tengahhari sampai la ke malam. 

Rata-rata orang mentafsirkan masakan Kelantan adalah manis dan terlebih manis malah tiada pedas langsung jika dibandingkan dengan negeri lain. Kecelaruan ini terungkap mungkin disebabkan oleh mentaliti kita, sedangkan bila orang Kelantan yang berniaga di luar negerinya dia masih membawa resipi yang sama tetapi orang masih boleh menerima seadaanya. Tidak pula di komplen manis?

Setiap negeri ada trademark yang tersendiri dan begitu juga dengan masakannya. Jika semuanya sama ianya tidak lagi dipanggil masakan tradisional... ianya akan jadi franchise seperti Secret Recipe mahupun Paparich.

Di Kota Bharu saya boleh kasi tips untuk anda memilih dan mencari kedai yang sedap dan terbaik. Kadang-kadang kedai yang ramai pastinya sedap dan tak semestinya kedia tak ramai tak sedap. Sesetengah kedai dia lebih kepada booking dan pickup service. Sekali dtaang 20-30 bungkus amik... Itu adalah terbaik...

Disini saya list-kan beberapa restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan.


1. Restoran Selera Cik Siti, Jalan Abdul Kadir Adabi KB.

Ini adalah sebuah restoran yang menjadi popular dalam sekelip mata. Antara menu yang terbaik adalah Chicken Chop yang berharga bawah Rm10.00 kalau tak silap sayalah. Terdapat juga menu masakan Thai dan juga menu Kopitiam. Selain dari Chicken Chop Bihun Goreng Singapore juga Awesome!

Restoran ini terletak di Jalan Abdul Kdari Adabi. Anda boleh cari didalam Waze atau Google Maps dengan carian Restoran Selra Cik Siti Taman Kenanga. Bersebelahan dengan coffe house The Bold Lab.

Alamat : Taman Kenangan, 15200 Kota Bharu Kelantan. Tel 09-7474734






2. Restoran Nasi Ulam Cikgu, Kampung Kraftangan KB.

Restoran ini tersangat popular dikalangan pelancong dan juga warga tempatan. Salah satu sebab popular adalah harga yang sangat murah dan lauk pauk tradisional Kelantan. Ianya adalah sangat simple kerana jika anda nak makan nasi ulam memang disini tempatnya. Terdapat ikan rebus, ayam goreng, sayur lemak, macam laa lauk yang ringkas.

Nasi Ulam Cikgu ni senang aje nak cari, korang Waze / Google Maps Kampung Kraftangan Kota Bharu. Parking ajer kat mane-mane pastu jalan kaki masuk dalam Kampung Kraftangan tu. Kalau waktu tengahhari memang selamatla nak cari tempat duduk. Sememangnya kedai ni ramai orang yer.

Alamat : Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, 15300 Kota Bharu. Tel 019-961 6665


 





3. Nasi Lemak Bersinar, Jalan Kuala Krai KB.

Nasi Lemak dengan Nasi Berlauk adalah satu menu yang sangat berbeza. Kebanyakkan menu pagi di Kelantan adalah Nasi Belauk. Akan tetapi Restoran Nasi Lemak Bersinar ini mampu mengoyangkan nafsu anda jika anda tak makan Nasi Belauk pagi-pagi. Disini mereka terdapat menu ayam goreng rempah, daging rendang, sotong sambal menjadi pilihan tapi level pedas tu xpedas manalah. Tapi ianya sangat awesome untuk mencuba.

Terletak di Jalan Kuala Krai yang tidak jauh dari KB Mall. Anda boleh guna carian Waze / Google Maps Nasi Lemak Bersinar. Kalau datang makan pagi meja agak full house kerana berhampiran dengan Jabatan SUK.

Alamat : Kampung Wakaf Siku, 15150 Kota Bharu. Tel 012-952 6171







4. Nasi Kerabu Panji, Jalan Hospital KB.

Kalau korang nak layan nasi kerabu terbaik boleh ke Gerai Nasi Kerabu ini. Kalau tengok kedai tu macam caya tak caya ajer, kedai sangat biasa ala kampung jer. Tapi bila try memang kasi repeat beb. Nasi Kerabu dia ni layan dengan ayam bakar mahupun ikan bakar. Juga ada nasi belauk tapi nasi kerabu dia adalah Awesome! dan yang paling penting ianya sangat murah brader... 

Kedai ni susah sikit nak jumpa, dalam google maps dan Waze xado. Jadi saya sharekan maps dibawah. Landmark di cari Caltex di Jalan Hospital. Korang boleh parking di Caltex tu kalau xpenuh. Kedai ni berhadapan dengan stesen minyak Caltex.

Alamat : 9A, Jalan Hospital, Kampung Belukar, 15000 Kota Bharu. 









5. Gerai Pulut Satay, Kubang Pasu KB

Lastly mestilah disudahi dengan pemanis mulut. Makan ruji minum pagi di Kelantan adalah Pulut Satay. Pulut satay manis datang bersama satay ayam adalah terbaik sejak dahulu lagi. Makan pemanis mulut sangat sedap kalau nak makan pagi buat alas perut. Terdapat juga satay daging dan satay perut malah ade juga nasi impit bersama kuah kacang. Saya mula makan pulut satay ni sejak umur 7 tahun sampai la ni... 

Gerai ini terletak didalam Pasar Kubang Pasu Kb. Bukan Kubang Pasu Kedah yerrr... Korang boleh Waze / Google Maps dengan caria Pasar Kubang Pasu. Terletak berhampiran saja dengan Masjid Muhammadi KB. Kiranya disini juga anda boleh dapat nasi belauk dan nasi dagang terbaik. Itu nanti saya ceritakan kemudian. 

Alamat : Pasar Kubang Pasu, Jalan Sultanah Zainab KB. 






This is Awesome dude!

Nota : Tulisan dan gambar adalah hak milik blogger nazrulakram sahaja
Post a Comment

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

5 Tempat Makan Best di Kedah

Duta Village Beach Resort, Pantai Balok Pahang

The Shorea Resort, Negeri Sembilan

De Rhu Beach Resort, Pantai Balok Kuantan

Villa Danialla Tok Bali : What a Failure!