1 Day Trip ke Singapore - Part 1

1 Day Trip ke Singapore - Part 1

Pastinya dah ramai diantara kamu yang ke Singapore, tapi saya nak jugak share 1 day trip ke Singapore dengan membawa masuk kereta ke negara jiran kita ni.

Untuk budget yang ciput macam saya nih, saya terpaksa memilih untuk stay di JB. Kalau korang ada budget lebih boleh la ami hotel di Singapore area Orchard ker, Bugis ker mahupon Marina Bay. Saya stay di Thistle JB adalah jauh lebih murah berbanding harga hotel di sekitar Singapore tu. Huhuhuhu...

Untuk memandu kereta sendiri ke Singapore anda memerlukan perkara berikut :

1. Geran kereta. Ini tidak perlu lagi...
2. Roadtax kereta yang masih hidup sehingga date anda keluar Singapore.
3. Nama Insuran kereta anda. (Etiqa,Allianze,AmGeneral... etc)
4. Autopass Singapore. Jika anda xada xperlu risau. Masa nak cop imigresen Singapore tu cakap anda xade autopass, so nanti officer suruh gi Blok B lepas gate dibuka. Tiba di Blok B akan ada officer yang assist anda untuk beli Autopass yng bernilai SGD10.00. Autopass ini adalah untuk bayaran tol di Imigresen Singapore dan toll mereka. Autopass ni macam Touch & Go kita aje la.
5. Touch & Go yang minimum kredit RM20.00. Dibayar ketika keluar dan masuk imigresen Malaysia.
6. Cashcard Singapore. Cashcard ini adalah card untuk bayaran parking dibeberapa tempat di Singapore. Sistem public parking disini xde yang manual so korang perlu beli Cashcard dan topup berapa lama korang nak parking melainkan beberpa tempat terpencil yang masih menggunakan kupon. 

Mari mulakan perjalanan.

Saya bermula dari Hotel Thistle JB dan menuju ke CIQ JB. Sedikit jem walaupun lepas tengahari Sabtu. Bergantung la nasib anda jem teruk ker tidak. Saya pon xmahir dengan masa peak hour di sini. Imigresen checking and cop passport berjalan dengan lancar sehinga membeli Autopass bernilai SGD10.00.

Selesai membeli Autopass terus menuju ke Choa Chu Kang melalui lebuhraya BKE dan exit pada lebuhraya KJE. Anda boleh menggunakan google maps jika mempunyai data roaming ataupun akses internet singapore. Jika tarak sila download offline GPS Singapore untuk talian hayat.

Saya lebih gemar menggunakan public transport lebih-lebih lagi di Singapore. Sama seperti di HongKong, MTR HK sangat cekap sehingga MRT Singapore menjadi anak didiknya. Oleh itu saya parking di public parking di sekitar station Yew Tee. Sebelum tu saya perlu membeli CashCard di 7 Eleven di Yew Tee untuk bayaran tiket parking kereta saya. Harga parking adalah SGD1.00 /hour. Cashcard ini bertindak seperti kupon parking kereta anda. Touch sebelum masuk dan touch balik masa keluar. Pastikan ada nilai dalam tu. Kalau xcukup sila topup di 7E.

Oleh kerana 1 day trip, saya membeli Singapore Tourist Card yang bernilai SGD10.00 + SGD10.00 deposit kad (boleh refund dalam masa 5hari). Dengan adanya kad ini anda boleh menaiki MRT/LRT/Bus kemana-mana destinasi. Mudahkan... Atau kalau korang tak nak korang boleh beli EzLink Card (seperti Touch n Go) untuk mengelakkan beratur panjang membeli single ticket. Hanya topup saja.

Berbalik pada Station Yew Tee, saya menuju ke Orchard Road untuk chilling dengan layan kopi. Tiba di Orhcard Road yang sememangnya popular, manusia ramai bak hang. Tambah plak hujan kat luar menyebabkan sesak dalam Ion Orchard Mall orang yang sedang berteduh. 

Cancel pekena kopi kat sini, saya jalan sikit ke Lucky Plaza yang bersebelahan dengan ion Orchard Mall. Di sini agak tenang pasal Lucky Plaza adalah tempat membeli beli versi lama disini. Anda boleh beli souvenir Singapore disini. Rata-rata harga Keychain dijual dengan harga SGD10.00/26unit dan SGD10.00/6unit untuk magnet fridge. Not bad bro...

Abis beli barang saya ingin menuju ke USS dengan harapan boleh singgah di Rock Shop Sentosa. Menaiki train menuju ke HarbourFront sangat mudah, dan MRT train network tidak begitu kompleks seperti Eropah mahupun Jepun. 

Setiap station akan disediakan map besar gedabak untuk panduan anda. Dimana patut anda interchange dan dimana patut anda keluar dari subway untuk ke destinasi yang betul. 

Sambung pada 1 Day Trip ke Singapore - Part 2








Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam