PK Corner, Kota Bharu Kelantan

PK Corner, Kota Bharu Kelantan

Minggu lalu saya balik kampung setelah minggu ketiga hari raya, menemani ibu saya untuk perihal keluarga.

Sebelum ini saya juga telah share entry top 5 kedai makan best di Kota Bharu. Sebenarnya banyak lagi kedai makan best tapi itu saja yang saya sempat upload. Salah satunya restoran yang saya singgah ni.

Restoran PK Corner ini sangat terkenal di KB mungkin disebabkan lokasinya dan service yang pantas. PK Corner terletak di Jalan Kebun Sultan atau nak lagi senang berhadapan dengan CIMB KB. Anda juga boleh membuat cari didalam Google Maps mahupun Waze dengan carian PK Corner. Sangat mudah!

Menu terlaris adalah Chicken Chop yang berharga Rm9.00. Majoriti yang datang mesti order Chicken Chop akan tetapi ini buka pilihan saya. Saya memilih untuk masakan Thai iaitu Nasi Goreng Paprik Ayam yang pastinya sangat Awesome!

Keadaan restoran ini kelihatan agak biasa, hiasan kedai seakan suram akan tetapi manusian yang membanjiri untuk santapan memang luar biasa lebih-lebih lagi selepas Magrib. Orang memang ramai gila tetapi serve selepas order makan memang cepat gila. Paling lama anda tunggu 30minit. Mungkin ini yang menjadikan orang lebih selesa dan gemar ke PK Corner.

Bagi saya, PK Corner adalah one of the best place untuk santapan malam di KB. Anda patut cuba masakan Thai mereka.

This is Awesome dude!













Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam