Posts

Showing posts from September, 2016

Street Churros, IOI City Mall Putrajaya

Image
Street Churros, IOI City Mall Putrajaya Masa saya ke Sydney minggu yang lalu saya banyak habiskan duit saya dengan memakan roti dan pemanis untuk menampung perut saya daripada meronta-ronta. Antaranya makan yang pertama kali yang saya makan dalam seumur hidup saya adalah Churros. Churros adalah salah satu makanan dari Spain atau lebih dikenali sebagai donut Spain yang telah saya cuba di Katoomba Australia. Ternyata ianya adalah hebat dan sangat sedap. Gabungan doh yang lembut dan gula cinnamo sememangnya memberikan impak level awesome! Malas nak cerita panjang, kat IOI City Mall pon ada satu kedai Churros iaitu Street Churros terletak di LG Floor. Kedai yang bersaiz sederhana ini menyediakan pelbagai jenis Churros dan kopi membolehkan anda lepak di kedai Street Churros. Harga bermula dari RM4.90 untuk Churros Cinnamon, Chocolate mahupun Cheese dan anda boleh membuat Churros anda lebih awesome dengan gabungan filling berperisa dan cicah dengan aiskrim. Saya lebih suka m

Rockstarz Burger, Bayan Lepas Penang

Image
Rockstarz Burger, Bayan Lepas Penang Beberapa minggu yang lalu saya outstation ke Penang. Sebuah negeri feveret saya keran ianya adalah syurga makanan. Apa yang korang nak makan pastinya terbaik dari char koew teow, nasi kandar, western mahupun seafood. Entry kali ini saya upload mengenai sebuah kedai burger iaitu Rockstarz Burger yang terletak di Jalan Dato Ismail Hashim Bayan Lepas. Untuk ke Rockstarz ini anda boleh mebuat carian melalui google maps atau Waze dengan carian Rockstar Burger.  Kedai kecil yang awesome ini mampu menambat hati saya tatkala kelaparan mengidam burger rock!  Terdapat beberapa menu yang Awesome antaranya The Search, The Wings, The Metallichese dan beberapa nama rockstar yang lain. Menarik bagi saya kerana harganya pula tidak terlalu mahal. Rata-rata berharga antara RM10.00-RM15.00. Malam tu saya order The Search dan burger The Rockstarz Hard Rock. Burger mereka ini dibuat homemade dan marinate untuk tujuan keaslian yang padu. Ditambahkan pula

Restoran Halal di Sydney

Image
Restoran Halal di Sydney Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum. Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam. Sydney adalah salah satu negara pada kiranya mudah untuk mencari restoran-restoran halal. Apa yang penting anda perlu lebihkan membuat research pada blog dan website tertentu. Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Sydney. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti. 1. Chinese Noodle Bar, Hay Market. Restoran ini terletak George Street yang berhampiran sahaja dengan Paddy's Market. Restoran ini dimilik oleh warga Cina yang telah menetap di Sydney sekian lama. Antara menu yang dihidangkan adalah Seafood Fried Rice, Chicken Fried Rice, Seafood Noodle, dan pelbagai makanan cina muslim. Kedai yang sedikit kecil dengan suasana yang selesa menjaminkan santapan anda yang terba

Itinerary ke Sydney 5 Hari 4 Malam

Image
Itinerary ke Sydney 5 Hari 4 Malam Sydney adalah sebuah bandar metropolis yang besar dan terkenal. Penerbangan dari KL ke Sydney mengambil masa selama 8jam 15minit mampu membuatkan penumpang bosan. Walaubagaimanapun, ini adalah kali pertama saya menjejak kaki ke negara Australia. Bandar yang classic modern mampu memukau di setiap permandangan anda dengan udara laut yang segar. Sydney adalah salah satu destinasi yang anda perlu kunjungi di Benua Australia dengan pengurusan dan perancangan bandar efisyen dan cekap yang membuatkan anda mudah untuk menggunakan public transport untuk ke tempat tarikan pelancong sehingga ke kawasan terpencil.  Berikut adalah itinerary perjalanan saya serta budget selama 5 hari 4 malam. Mungkin kalau korang mempunyai tempat yang lebih menarik atau lebih awesome sila sharekan bersama. Sila jangan bermalu -malu. Perjalanan saya agak terhad kerana saya memilih untuk percutian santai serta menghadiri onsite training.  Day 1 : Kuala Lumpur - Sydn

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5

Image
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 5 Waktu pagi yang terakhir pastinya berat untuk meninggalkan bumi Australia. Berkemas dan packing kesemua barang menjadi acara utama selepas solat Subuh. Cuaca waktu pagi sedikit berawan akan tetapi suhu tidak terlalu sejuk. Selesai urusan check-out saya menuju ke Sydney Fish Market untuk breakfast seafood, tak pernah dalam hidup awal-awal pagi nak pekena seafood. Dalam fakta mengatakan Sydney Fish Market adalah pasar ikan kedua terbesar didunia selepas Jepun. Saya rasa macam betul ajer, pasal disebelah pasar basah dorang ni ada beberapa kedai makan seafood seawal pagi dah buka untuk orang makan seafood.  Agak best pasal anda boleh beli untuk tapau mahupun order terus dimasak special. Harga pulak ada yang murah dan ada jugak cecah ratusan dollar. Tengok poket dan kami order platter seafood untuk share 3orang. Tukang masak seperti tahu kami ini adalah first time datang kesini dan dia masak macam lebih banyak dari menu. Pas

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4

Image
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 4 Selesai solat subuh dan membancuh kopi Nescafe menjadikan pagi yang agak perfect. Menikmati di balkoni sambil memerhati orang yang mengejar masa untuk ketempat kerja . Hari keempat ini saya ingin ke salah satu pantai terkenal di Sydney iaitu Bondi Beach dan ianya terletak sekitar bandar sahaja. Sedikit kerisauan kerana menerima panggilan dari wife saya mengatakan Nazril mula demam, mungkin demam rindu atau cuaca yang tidak menentu. Hati ibubapa mana tak risau kalau anak demam wey walaupon berjauhan. Wife saya mohon izin untuk ke klinik di Sentul untuk rawatan selanjutnya. Semoga dipermudahkan segala urusan dan InsyAllah Nazril pulih. Waktu pagi saya ke Bondi Beach. Untuk ke Bondi saya menaiki train dari King Cross - berhenti di Bondi Junction Station dan menaiki bus no. 380 ke Bondi Beach. Tidak jauh dari Bondi Junction Station mengambil masa lebih kurang 15minit. Tiba di Bondi Beach agak jakun jugak dengan pemandangan hebat bumi Aus

Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3

Image
Bercuti ke Sydney, Australia - Day 3 Waktu pagi di kawasan hotel saya sangat tenang. Hari ketiga ini saya ke Blue Mountain National Park, Katoomba yang terletak lebih kurang 100+km dari Sydney. Pilihan menggunakan train adalah satu-satunya transport yang agak jimat jika nak dibandingkan menyewa kereta ke sana. Saya memulakan perjalanan dengan berbekalkan roti dan segelas kopi panas menuju ke Station King Cross dan terus ke Central seawal jam 6.30pagi. Untuk pengetahuan korang, waktu siang di Syndey pada jam 5.00pagi dan 5.00malam juga dah masuk waktu magrib. Bertanya pada petugas adalah penyelamat anda kerana tidak ingin membuang masa dan tercari-cari. Straight to the point dan beliau menunjukkan bahawa platform 7 Blue Mountain Lane akan menuju ke destinasi anda.  Train tiba tepat pada waktunya dan saya mengesyorkan anda perlu duduk diseat sebelah kiri untuk pemandangan yang terbaik. Kerana sebelah kanan anda adalah kaki bukit sahaja. Nikmatilah pemandangan sepanjang ke Kato

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...