Rockstarz Burger, Bayan Lepas Penang
Rockstarz Burger, Bayan Lepas Penang
Beberapa minggu yang lalu saya outstation ke Penang. Sebuah negeri feveret saya keran ianya adalah syurga makanan. Apa yang korang nak makan pastinya terbaik dari char koew teow, nasi kandar, western mahupun seafood.
Entry kali ini saya upload mengenai sebuah kedai burger iaitu Rockstarz Burger yang terletak di Jalan Dato Ismail Hashim Bayan Lepas. Untuk ke Rockstarz ini anda boleh mebuat carian melalui google maps atau Waze dengan carian Rockstar Burger.
Kedai kecil yang awesome ini mampu menambat hati saya tatkala kelaparan mengidam burger rock! Terdapat beberapa menu yang Awesome antaranya The Search, The Wings, The Metallichese dan beberapa nama rockstar yang lain. Menarik bagi saya kerana harganya pula tidak terlalu mahal. Rata-rata berharga antara RM10.00-RM15.00.
Malam tu saya order The Search dan burger The Rockstarz Hard Rock. Burger mereka ini dibuat homemade dan marinate untuk tujuan keaslian yang padu. Ditambahkan pula wedges cheese dan chip yang mampu membuatkan anda terlelap.
Suasana kedai ala-ala Hard Rock Cafe pastinya Halal bertambah Awesome! Di buka pada setiap hari dari jam 5.00pm hingga 1.00pagi menjanjikan menu yang terbaik untuk anda.
Jangan lupa untuk datang bersama rakan sambil layan lagu rock!
This is Awesome dude!
Comments