Restoran Halal di Sydney

Restoran Halal di Sydney

Apabila anda mengunjungi di sesebuah negara bukan Islam pastinya akan menghadapi kesukaran untuk makan dan minum.

Kadang-kala status halal mereka juga diragui kerana dalam satu kedai mereka menjual daging yang tidak dibenarkan didalam agama Islam.

Sydney adalah salah satu negara pada kiranya mudah untuk mencari restoran-restoran halal. Apa yang penting anda perlu lebihkan membuat research pada blog dan website tertentu.

Berikut adalah beberapa restoran yang saya kunjungi di Sydney. Mungkin boleh menjadi rujukan pada anda nanti.

1. Chinese Noodle Bar, Hay Market.

Restoran ini terletak George Street yang berhampiran sahaja dengan Paddy's Market. Restoran ini dimilik oleh warga Cina yang telah menetap di Sydney sekian lama. Antara menu yang dihidangkan adalah Seafood Fried Rice, Chicken Fried Rice, Seafood Noodle, dan pelbagai makanan cina muslim.

Kedai yang sedikit kecil dengan suasana yang selesa menjaminkan santapan anda yang terbaik. Harga bermula dari AUD3.50-5.00 untuk Chicken/Beef Stick dan AUD10.00 ke 25.00 untuk makanan setiap hidangan.

Untuk ke sini anda boleh google maps dengan carian Lanzhou Noodles (Bukan lanchau yer..) 





2. Enfes Kebab, Harbourside Shopping Complex, Darling Harbour.

Jika anda ke Darling Harbour, terdapat beberapa restoran halal sekitar ini salah satunya Enfes Kebab. Enfes Kebab ini terletak di dalam shopping kompleks Harbourside pada bahagian food court mereka. Anda boleh memesan air dari kedai lain kerana di sini adalah konsep food court. Lepas makan sila kemas meja ye.

Tentunya sajian yang dihidangkan adalah makanan arab. Terdapat pelbagai kebab dan nasi versi arab yang saya pasti anda takkan habis kalau makan sorang. Banyak giler untuk 1 hidangan. Ketika makan disini, saya memesan Chicken + Chip dan Pizza Ayam 2 slice. Makan 3 orang pon belum tentu habiskan kesemua ini! Harga bermula dari AUD9.00-25.00

Untuk ke sini anda boleh google maps dengan carian Enfes Kebab Darling Harbour.




3. Indian Home Diner, Macleay Street.

Restoran ini terletak seperjalanan ke hotel saya. Terdapat beberapa buah gerai ringkas yang halal menuju ke hotel saya menginap. Salah satunya adalah Indian Food Macleay. Dah nama Indian Food, pastinya menu hidangan mereka sedikit sama kedai makan mamak Malaysia cuma pedas dia tahap dewa. 

Sajian seperti nasi adalah wajib dan terdapat juga kebab dan roti pita. Saya hanya memilih Tandori Chicken + Chip berharga AUD9.00. Untuk makanan nasi pula mereka mengenakan charge AUD10.00 untuk tiga jenis lauk. Korang boleh pilih lauk apa.

Kedai ini sangat kecil kerana kebanyakkan kedai di sepanjang jalan Macleay Street agak mahal sewanya. Lebih senang untuk bungkus makan di taman sahaja daripada makan di kedai mereka.

Untuk ke sini anda boleh google maps dengan carian Sadi Tandori Taj (Nama restoran dia sebelum ni)




4. Nando's, Kent Street

Restoran Nando's rasa tidak perlu saya terangkan lagi kerana Nando's juga terdapat di Malaysia. Cuma apa yang saya ingin perkatakan adalah fakta Nando's Halal di sekitar negara asing adalah benar belaka. Harganya pula seakan sedikit sahaja berbeza di Malaysia cuma lebih banyak mengikut kesesuaian Asia Pasific punya perut.

Suasana kedai yang terletak di tengah kotaraya Sydney agak sibuk tetapi selesa dan mantap. Nando's Australia memaparkan sijil Halal mereka dan memaklumkan juga kesemua franchise mereka juga Halal. Harga bermula dari AUD3.00-5.00 untuk side dishes dan AUD15.00-30.00 untuk Nandos' Chicken.

Untuk kesini anda boleh google maps dengan carian Nando's Kent Street.




5. Pondok Selera, China Town Paddy Market.

Setiap negara mempunyai Chinatown tersendiri. Anda juga boleh mendapatkan restoran Halal di Chinatown Sydney. Masakan Indonesia Malaysia mampu mengubati kerinduan masakan Malaysia. Restoran ini terletak di dalam foodcourt Chinatown tingkat bawah yang berhadapan dengan Paddy' Market.

Sangat sesuai selepas shopping di Paddy's boleh singgah untuk makan nasik yang banyak. Pondok Selera menjual makanan dengan bayaran AUD10.00 untuk 3 jenis lauk. Anda boleh pilih lauk ape yang nak samada ayam, daging rendang, sayur, tauhu macam macam lah. Confirm tak habis.

Kedai dengan berkongsi tempat duduk foodcourt seakan berada di Malaysia pasal ramai juga orang Malaysia yang makan di sini dan lepak minum selepas shopping.

Untuk ke sini anda bleh google maps dengan carian Pondok Selera Sussex Street.





6. Fish Market Cafe BBQ Grill. Sydney Fish Market.

Adalah tidak lengkap percutian anda jika tidak singgah makan seafood di Sydney. Di Sydney Fish Market menyajikan pelbagai makanan laut fresh yang awesome! Terdapat beberapa kedai seafood disini tetapi saya memilih Fish Market Cafe kerana lebih banyak pilihan dan masakan. 

Anda boleh pilih seafood apa yang anda nak makan atau pilih saja didalam menu yang disediakan. Kedai ini adalah halal kerana tidak mempunyai pork, wine mahupun perkara-perkara yang tidak halal dalam masakan mereka. Seafood semata-mata.

Harga agak keras sikit pasal seafood yang disajikan adalah salah satu terbaik dunia. Bermula dengan harga AUD10.00 hingga mencecah ratus ringgit. Jangan risau, anda boleh pilih harga dan timbang dulu untuk makanan anda. Setuju terus bayar dan makan.

tUnruk ke sini anda boleh google maps dengan carian Sydney Fish Market.





7. The Fish Stop, Taronga Zoo Sydney

Ketika di Sydney saya juga melawat zoo iaitu Taronga Zoo. Pastinya lapar dan tersiksa jika jalan-jalan lebih dari 5km dengan perut yang kosong. Jadi terdapat satu kedai halal didalam Zoo ini iaitu The Fish Stop.

Kedai juga menghidangkan seafood sahaja beserta chips. Tiada wine mahupun perkara yang tidak halal kerana ini adalah kawasan famili. Harga bermula dari AUD9.00-20.00. Agak ramai juga ke restoran ini dan anda perlu beratur panjang. Tetapi layanan adalah sangat pantas (ready made). 

Untuk ke sini perlu masuk ke Taronga Zoo dan cari restoran seperti didalam gambar dibawah. Tujuan saya upload restoran ini jika anda memerlukan makanan di dalam Zoo ini.




8. The Best Kebab, Macleay Street.

Seperti yang saya ceritakan sebelum ini, terdapat beberapa gerai makanan Halal sepanjang Macleay Street. Salah satunya lagi The Best Kebab. Kedai ini sangat kecil dan tiada meja. Anda hanya boleh tapau dan makan di tasik atau taman. 

Harga bermula dari AUD3.00-5.00 untuk snack dan chicken wings. AUD7.00-10.00 untuk kebab dan roti pita. Kebab dia sangat best pasal dia akan grill bersama sos yang anda pilih. Pastinya terbaik layan tepi taman.

Gerai ini tiada didalam google maps, tapi jika anda mahukan juga anda boleh cari didalam google maps dengan carian King Cross Tourist Information Service. Ianya terletak berhadapan dengan Information Tourist ini.




This is Awesome dude!

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam