Street Churros, IOI City Mall Putrajaya

Street Churros, IOI City Mall Putrajaya

Masa saya ke Sydney minggu yang lalu saya banyak habiskan duit saya dengan memakan roti dan pemanis untuk menampung perut saya daripada meronta-ronta. Antaranya makan yang pertama kali yang saya makan dalam seumur hidup saya adalah Churros.

Churros adalah salah satu makanan dari Spain atau lebih dikenali sebagai donut Spain yang telah saya cuba di Katoomba Australia. Ternyata ianya adalah hebat dan sangat sedap. Gabungan doh yang lembut dan gula cinnamo sememangnya memberikan impak level awesome!

Malas nak cerita panjang, kat IOI City Mall pon ada satu kedai Churros iaitu Street Churros terletak di LG Floor. Kedai yang bersaiz sederhana ini menyediakan pelbagai jenis Churros dan kopi membolehkan anda lepak di kedai Street Churros.

Harga bermula dari RM4.90 untuk Churros Cinnamon, Chocolate mahupun Cheese dan anda boleh membuat Churros anda lebih awesome dengan gabungan filling berperisa dan cicah dengan aiskrim. Saya lebih suka memilih untuk Churros biasa dengan Choco Latte.

Adalah berbaloi untuk dicuba dan jangan salahkan saya jika anda mencarinya lagi.

This is Awesome dude!




  

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam