Tempat Makan Best di Yogjakarta, Indonesia

Tempat Makan Best di Yogjakarta, Indonesia

Jika anda ke Yogjakarta, pastinya tempat makan halal tidak menjadi masalah kerana majoritinya masih lagi Muslim, akan tetapi anda harus berhati-hati dan perlu menyemak restoran yang anda kunjungi tu Halal ker tidak.

Kebanyakkan tempat yang saya kunjungi adalah masakan ala jawa. Anda juga boleh menikmati masakan original jawa dan padang, cuma kena cari dan tanya orang tempatan. Kalau nak pekena tomyam pon ada juga tapi kena pergi ke tempat yang tertumpu seperti Jalan Malioboro.

Bila anda adalah seorang travellers, merasai makanan tempatan adalah satu pengalaman berharga dan lebih nikmat jika anda dapat makan nasi tak kira sedap atau tidak. Cara masakan dan penyedian sangat berbeza dengan dapur kita dan anda tidak boleh bandingkan jika nak ikut selera kita. Lain negara lain cara makannya.

Disini saya list-kan empat restoran yang menjadi pilihan Blog Awesome saya yang saya telah kunjungi sebelum ini. Jika anda merasakan ianya adalah restoran biasa, sila abaikan.


1. Restoran Pondok Cabe, Jalan Laksda Adisucipto.

Ini adalah sebuah restoran yang mempunyai rangkaian tersendiri dan saya singgah selepas touchdown dari airport untuk santapan tengahhari. Dekorasi kedai yang seakan Bali dan bersih membuatkan suasana agak tenang untuk menjamu selera.

Majoriti harga makanan di Indonesia sangat murah jika nak dibandingkan dengan Malaysia. Rata-rata harga bermula dari IDR10,000 hingga ke IDR30,000. Murah bukan... 

Restoran ini terletak di Jalan Laksda Adisupcipton yang tidak jauh dari Airport Yogjakarta, hanya mengambil masa 10-15minit sahaja. Anda boleh membuat carian menggunakan google maps Restoran Pondok Cabe Adisucipto.








2. Restoran Ayam Pedas Wong Jowo, Jalan Malioboro.

Saya tak pasti restoran ini mempunyai rangkaian restoran yang lain, tak nak habaq mai kedai makan ni sempoi macam Wong solo kat KL.

Hidangan seperti masakan tempatan Indonesia memenuhi pilihan menu akan tetapi mereka juga mempunyai menu makan ala-thai. Kami cuba ayam masak lemon, nasi goreng special dan beberapa menu tambahan yang pastinya pedas. Harga yang dikenakan sangat murah sama seperti restoran Pondok Cabe dalam lingkungan IDR10,000 ke IDR30,000

Restoran ini terletak di Jalan Malioboro. Agak senang nak jumpa hanya beberapa meter sahaja dari Malioboro Mall. Salah satu persinggahan kami setelah penat shopping disini. Cuma sekitar restoran ini terlalu ramai pemuzik sambil meminta-minta yang sedikit mengganggu keselamatan anak kecil. Berhati-hati apabila menderma yer. Meleleh ayaq mata bro...



  




3. Restoran Sekar Kedhaton, Jalan Tegal Gendu.

Restoran ini kami singgah selepas lawatan kami di Kampung Candiredjo, seperjalanan kami menuju ke Muzium Merapi. Kami singgah disini untuk makan tengahhari. Restoran ini adalah sebuah restoran fine dining dan pastinya harga agak berbeza jika nak dibandingkan dengan restoran yang lain.

Suasana kedai sangat menggamit hati yang menjanjikan suasana yang damai. Oleh kerana kami mempunyai anak-anak kecil, jadi kami memilih untuk makan di kawasan pondok yang dikelilingi dengan kolam ikan. Sangat menarik dan Awesome!

Malah restoran ini juga terdapat pemain muzik tradisional Bali menyambil menghiburkan para pengunjung. Hidangan masakan tempatan sekali lagi menjadi pilihan kami. Seperti saya perkatakan tadi, suasana kedai yang tenang dan berangin mampu membuatkan anda baring tanpa menghiraukan orang lain. Serius best giler!

Harga disini agak mahal akan tetapi berbaloi dengan service dan suasana yang anda alami. Jika nak bandingkan dengan KL pastinya restoran ini mampu memberikan bill anda mencecah RM500+

Restoran ini terletak di Jalan Tegal Gendu dan anda boleh membuat carian menggunakan nama Aston Silver Prenggan. Tidak jauh dari Bandar Jogja.








4. Cafe Lawas, Jalan Prawirotaman

Jalan Prawirotaman agak popular dengan kegiatan seni tanah air malah terdapat beberapa hotel digunapakai untuk penggambaran filem tempatan. Saya sebenarnya nak singgah ke Sellie Cafe akan tetapi tutup. Jadi saya singgah Cafe Lawas yang berhadapan dengannya.

Cafe ini seperti hispter cafe dimana penggemar kopi dan anak muda akan meluangkan masa disini dengan dekorasi kedai urban modern. Agak menarik untuk lepak minum di Cafe Lawas yang memberikan suasana santai dan chill yaw!

Harga makanan dan minuman masih murah dan saya memilih Roti Bakar Chocolate dan Latte. Superb Awesome! Salah satu cafe yang membuatkan saya ingin kembali ke Jogja. Awesome.

Restoran ini terletak bersebelahan dengan Hotel Adisthana Jalan Prawirotaman. Jika anda kesini anda boleh menaik beca dan singgah di Greenhost Boutique Hotel. Best dan sempoi bak hang. Buat carian menggunakan Google maps Cafe Lawas.








This is Awesome dude

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam