Etihad Airways - The Residence

Etihad Airways - The Residence

Anda mungkin pernah menaiki flight Etihad Airways untuk laluan ke negara Eropah mahupun Amerika, akan tetapi adakah anda tahu bahawa Etihad Airways adalah spuer duper awesome? Kalau sembang pasal geng Arab ni, mereka memang selalu berlebihan malah pasti nak lebih dari orang lain.

Jika nak dibandingkan review dari SkyTrax, Etihad berada di kedudukan ke-6 pada tahun 2016 dan pastinya Emirates berada pada kedudukan paling atas. Cuma apa yang menarik perhatian saya adalah Etihad adalah satu-satunya penerbangan yng mempunyai empat jenis kelas iaitu, kelas ekonomi, kelas perniagaan, kelas pertama dan The Resident.

Oleh kerana First Class terlalu biasa bagi orang Arab, maka mereka mengwujudkan sebuah lagi kelas yang lebih awesome iaitu The Resident. Apakah jenis kelas The Resident? Sesungguhnya ianya kelas yang terbaik pernah ditawarkan dalam dunia penerbangan. The Resident hanya terdapat pada kapal terbang Etihad A380 dan route pada negara Eropah, Amerika dan Australia sahaja. Jika anda membeli tiket jenis The Resident, ianya seperti sebuah apartment dimana terdapat ruang tamu, bilik tidur dan juga tandas mandi. Sungguh melampau.

Lebih dari itu juga, setiap The Resident akan mempunyai Butler tersendiri dimana mereka akan melayan penumpang seperti raja. Anda akan dilayan dan diberi makan bertaraf hotel diamond, tempat tidur anda akan disediakan, malah pemanas air untuk anda mandi juga disediakan oleh The Butler Etihad. 

Dari segi complimentary, The Resident memberi beberapa jenis perfume dan haruman percuma untuk anda serta headphone Bose wireless sebagai kenang-kenangan dari Etihad. Anda juga mendapat pakaian tidur, selipar, beg serta tali leher berjenama. Untuk permakanan di dalam flight pula, anda juga mempunyai chef tersendiri dimana anda boleh minta apa yang anda mahu makan yang tertera dalam menu makanan. The Butler akan mengantikan kerja-kerja Cabin Crew untuk layanan di-raja. 

Untuk menjadi penumpang kelas The Resident ini, anda perlu membeli tiket penerbangan dari Abu Dhabi ke New York yang berharga RM126,000 untuk dua hala. Mungkin agak berbaloi untuk berbelanja tiket berharga RM126,000 dengan penerbangan selama 14jam. Anda dapat tidur atas katil, dapat mandi malah dapat lepak dekat First class Lounge on Board.

Saya tak pernah menaiki penerbangan Etihad Airways dan saya akan mencubanya nanti untuk laluan ke Amerika. Tapi secara jujur saya tak akan membeli tiket berharga RM126,000 sedangkan kelas ekonomi berharga RM4,500 sahaja. Beli tiket ekonomi class dan mengharapkan lucky ticket upgrade percuma ke The Resident..... hurmmm harapan aje laa.. ingat dia nak layan korang, banyak lagi orang nak!

Jom layan youtube bagaimana brader The Point Guy ini mendapat layanan service dari Etihad The Resident

This is Arab!

This is Awesome dude!










Source : etihad.com

Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam