Salam Aidilfitri 1438H

Salam Aidilfitri 1438H

Genap sebulan berpuasa menunaikan kewajipan rukun Islam, Aidilfitri menjelang tiba lagi tanpa gagal. Pastinya sebagai dewasa dan ibubapa kepada anak-anak kita lebih seronok dengan melihat karenah anak-anak yang menyambut Hari Raya. Akan tetapi kadangkala terselit jua perasaan pilu mengingati pada yang telah meninggalkan kita selamanya. Syukur Alhamdullilah saya masih dapat berhari raya bersama keluarga tercinta di kampung. 

Sabtu pagi yang lalu saya pulang ke Kota Bharu, suasana di KLIA agak ramai memandangkan Hari Raya kali ini membuatkan KPM mengistiharkan cuti sekolah selama seminggu dan mungkin warga lain pon turut sama mengambil peluang bercuti keluar negara. Tiada masalah, jangan jadikan debat. Ini dinamakan peluang masa. Bukan kamu saja yang nak bercuti. Orang lain pun nak juga. 

Tiada ungkapan lain selain mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri pada ahlI keluarga dan sahabat handai. Pastinya duit raya tetap kena keluar dengan kapasiti yang agak terhad malah mempunyai kuota sepertimana permohonan BRIM 2016. Kelayakkan diberikan pada kanak kanak berumur bawah 12tahun sahaja. Rayuan diterima dengan alasan yang kukuh.

Hari Raya tahun ini menjadikan suasana agak havoc pasal semua ahli keluarga pulang berhari raya dan InsyAllah akan diadakan Family Day 2017 untuk ahli keluarga Al Imran. 

This is Awesome guys.




Comments

Agoda

Related Post

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular posts from this blog

Tempat Sarapan Pagi Best di Kota Bharu (UPDATE MEI 2022)

Destinasi 24 Jam : Pulau Pangkor, Perak

Tempat Makan Best di Kedah (UPDATE JAN 2022)

Bercuti ke Hatyai Thailand 2022 - Day 1

Itinerary ke Hatyai, 3 Hari 2 Malam